Saturday, July 11, 2009

Eyeball V47 & V17 Bersama 9M2RZL Yang Akan Berhijrah

Bergambar kenang-kenangan bersama 9M2RZL


Dari kiri 9W2NTT, 9W2XSV, 9W2BOX, 9W2POK dan SWAL


9M2RS (kanan) menyerahkan cenderamata kenang-kenangngan kepada 9M2RZL (kiri) yang akan berhijrah

9W2PRO khusuk mendengar rakan-rakan bersembang



9W2BMX (kiri) dah jumpa kembar dia SWAL Budi. Sebelah budi tu Ustaz Fadil 9W2SMF



9M2RZL & 9M2RS


19 station hadir pada malam tersebut


9W2SMF, 9M2RZL & 9M2RS

Rabu 9 Julai 2009, rakan-rakan dari lokalan V47 bersama lokalan V17 telah hadir majlis eyeball di Restoran Syed Bistro di Taman Permata Hulu Kelang.

Eyeball ini diadakan untuk majlis perpisahan 9M2RZL (Rizal) yang akan berhijrah ke seberang laut pada 1 Ogos ini.

Seramai 19 station telah hadir pada eyeball kali ini dan kami mengucapkan terima kasih kepada 9M2RS yang telah sudi menyampaikan cenderamata kepada 9M2RZL.

Kepada anda abang Rizal semoga seronok berada di tempat orang nanti. Segala tunjuk ajar dan pertolongan anda akan kami kenang & hargai sampai bila-bila.

73

Thursday, July 9, 2009

Jemputan Kenduri Tahlil Di Rumah 9W2HNF (Hanafi)

9W2HNF (Abang Hanafi) menjemput semua rakan-rakan menghadiri majlis tahlil di rumah beliau pada:


Tarikh: 18 Julai 2009 (Sabtu)

Masa: 8.30 malam

Alamat:
No. 24, Jalan TKC 3/8

Taman Kota Cheras
Batu 9 Cheras
Selangor

Segala pertanyaan anda boleh berhubung terus dengan 9W2HNF (Hanafi) di 013-2734855.

Semua rakan-rakan dijemput hadir sekeluarga.

73

Wednesday, July 8, 2009

Tertelan PTT

Apa bezanya PTT (Push to Talk) dengan MIC (Microphone)? Pernahkan rakan-rakan mendengar ayat seperti "saya capai PTT terus bercakap" atau "agaknya dia tertelan PTT kot". Adakah penggunaan ayat di atas betul?

PTT adalah sejenis butang yang perlu ditekan apabila kita hendak bercakap. Fungsinya ibarat suis. Kalau kita tidak menekan PTT, bermakna ia tidak akan berfungsi. PTT adalah singkatan dari Press to Talk atau Push to Talk.

Mic pula selalunya dipegang/digengam. Jadi bagi ayat diatas penggunaan Mic (Microphone) adalah lebih sesuai digunakan.

Jika saya salah tolong betulkan.

73

Saturday, July 4, 2009

Eyeball V47 & V66 Di Restoran Sup Ali Power

Dari kiri 9W2NTT, 9W2BMX, 9W2TOQ, 9W2RIE & 9W2XSV.

9W2JBD (baju belang) mabuk lepas pekena sup kambing.

21 station hadir. Habis gak la meja kedai Ali ni.


Yang baju kuning ni adik A.Galak 9W2MJR, 9W2NTT & 9W2BMX.


Yang baju kuning ni tukang karut (9W2BCT). Kalau sembang dengan dia 2 hari 2 malam pun belum tentu bleh abis. Heheheheheh. Apa pun tima kasih abg Adi sebab sudi datang ke eyeball kami.


Dari Kiri 9W2PGA & 9W2KJG
Dari Kanan PR-UAA, 9W2NSX & 9W2RIE

Dari kiri 9W2NSX, PR-UAA & 9W2BCT.



Dari kiri 9W2NTT, 9W2BMX, 9W2TOQ.


Pada 4 Julai 2009 (Sabtu) jam 9.00 malam rakan-rakan dari V47 (Cheras) dan V66 (Semenyih) telah mengadakan eyeball di Restoran Sup Ali Power di jalan lama Kajang - Semenyih. Seramai 21 station telah hadir dan ADARC47 mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang hadir.

Tujuan eyeball ini diadakan adalah untuk mengenali dengan lebih dekat dan rapat lagi diantara satu sama yang lain. Yang sudah mengenali kita rapat-rapatkan, yang sudah rapat kita mesra-mesrakan.

Hobi Radio Amatur bukanlah sekadar bercakap (QSO), ber-eksperimentasi & mengkaji. Tapi kita juga boleh bertukar-tukar fikiran, maklumat, berkenalan dan menegur kesilapan rakan apabila ber-eyeball. Maklumlah kalau nak tegur di frekuensi ramai yang mendengar..... Hehehehehe

Mungkin dimasa hadapan V47 akan eyeball dengan rakan-rakan dari lokanlan lain seperti V17, V20, V33 & V38.

Di bawah adalah senarai callsign rakan-rakan yang telah hadir pada eyeball di Restoran Sup Ali Power:-

1. 9W2MJR - Abang Misai
2. 9W2NTT - Halim
3. 9W2BMX - Man
4. 9W2TOQ - Salleh
5. 9W2RIE - Amrie
6. 9W2XSV - Mamat
7. 9W2NSX - Rol
8. 9W2BCT - Aswadi
9. 9W2CAE - Shahir
10. 9W2PGA - Joe
11. 9W2KJG - Rizal
12. 9W2WDH - Omar
13. 9W2UWR - Anwar
14. 9W2JBD - Amy
15. 9W2XMO - Jamal
16. 9W2SIC - Mat Nor
17. PR-UAA - Aziz
18. PR-CIA - Wan
19. PR-NZN - Nazri
20. PR-HIZ - Wani
21. XYL Abang Misai

MESRA DI UDARA
MESRA DI DARATAN

73

Friday, July 3, 2009

Family Day & Re-Union Resort

Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC47) akan mengadakan satu family day dan re-union resort seperti yang tertera dibawah. Program ini terbuka kepada semua Radio Amateur Opearator dan SWAL. Jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dengan rakan lama dan untuk dapatkan rakan baru.

Tarikh: Sabtu (25.07.09) & Ahad (26.07.08) - Bermula hari Sabtu jam 3.00pm

Tempat:
Sungai Congkak

Bayaran:
RM70.00 (Jika mengikuti program 2 hari, 1 malam dan hadir bersama pasangan + harmonic tetapi tidak bermalam)

RM40.00 (Jika mengikuti program 2 hari, 1 malam dan hadir berseorangan tidak bermalam)

RM20.00 (Jika mengikuti program 1 hari, 1 malam (Sabtu sahaja) tidak bermalam)

RM15.00 (Jika mengikuti program untuk hari Ahad sahaja)

RM10.00 (Bayaran tambahan untuk tapak khemah bagi sesiapa yang ingin bermalam menggunakan khemah)

Pendaftaran:

Pendaftaran dibuka sekarang dan akan ditutup pada tengah malam 19 Julai 2009. Pendaftaran hendaklah dibuat dengan pembayaran penuh kepada nama-nama dibawah. Pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 12.00 tengah malam 19 Julai 2009. Duit pembayaran yang telah dibuat tidak akan dipulangkan jika anda membatalkan penyertaan.

Cara Pembayaran:
Tunai: Anda boleh membuat pembayaran secara tunai kepada 9W2BMX(Man) - 019-2780329.

Bank-in: Masukan jumlah penuh pada akaun Maybank 1141 3304 6572 (Abdul Halim B. Abdul Shukor) atau akaun CIMB 1422 0068 7075 23 (Ahmad Fazari B. Shaharuddin)

Maklumat lengkap hendaklah diberi seperti:-
- Nama peserta dan callsign
- Jumlah bayaran
- Deposit Slip Number/Transaction Code
- Tarikh & Masa bank-in duit

Hubungi:

Halim (9W2NTT) - 012-6558782
Ayie (9W2TBC) - 012-6846719

Penginapan Tambahan:
Kepada keluarga yang ingin menginap di chalet pula, anda perlu membuat tempahan dan pembayaran sewa chalet sendiri. Dibawah ini kami sertakan beberapa nombor telefon chalet yang berdekatan dengan tapak event untuk kemudahan anda membuat tempahan.

Kem Herba - 03-9021 1192/012-305 7161
Tourism Selangor (Congkak Park) - 03-5513 2000
Jabatan Hutan Hulu Langat - 03-5519 4545

Bayaran yang dikenakan diatas adalah termasuk makanan sepanjang 2 hari, elektrik dan air. Kepada keluarga yang ingin berkhemah, bayaran tambahan sebanyak RM10.00 dikenakan untuk sewa tapak khemah seperti tertera diatas (peralatan perkhemahan hendaklah dibawa sendiri).

Jumpa anda disana..... 73

AKRAB / AKTIV / MESRA DIUDARA
AKRAB / AKTIV / MESRA DIDARATAN