Monday, October 29, 2012

OPS SAR DI GUNUNG NUANG

Pada 22hb Oktober 2012, beberapa rakan komuniti ADARC terlibat secara langsung dalam operasi menjejaki kehilangan seorang pendaki solo Faiz Wan Zahid ( 32 tahun) yang dilaporkan hilang setelah seharian mendaki pada Isnin petang dan kehilangannya telah disedari oleh rakannya sendiri.

Berdasarkan info pertama yang kami terima daripada salah seorang rakan komuniti iaitu 9W2NDS yang telah melaporkan tentang kehilangan tersebut kepada rakan komuniti seterusnya bertindak untuk menghubungi rakan komuniti lain untuk mendapatkan info berkaitan. Info demi info kami perolehi dari pihak-pihak berkenaan dan hasil kata putus dan perbincangan antara rakan komuniti, beberapa orang rakan iaitu 9M2BMX, 9W2NDS, 9W2WPG, 9M2AIR, 9M2AIS dan 9W2BXT bergegas ke tempat kejadian untuk menghulur bantuan secara sukarela.

Sekitar jam 11.00malam kami tiba di Balai Polis berdekatan untuk membuat laporan dan di rujuk kepada SM Akma selaku pegawai yang mengendalikan operasi ini. Selesai membuat laporan kami dan keluarga mangsa di arah untuk menunggu anggota JPAM sampai lebih kuang jam 12.09pagi dan terus bergerak ke kaki gunung nuang untuk operasi seterusnya.

Di lokasi, 9W2BXT selaku "command center" menjalankan tugas untuk menerima laporan dan info penting sepanjang operasi yang di pantau oleh pihak polis. Manakala 9W2MHJ membantu dengan monitor segala laporan dari base beliau dan menyampaikannya kepada rakan komuniti dan anggota JPAM menyusul tidak lama kemudian ke lokasi. Setelah berbincang, kami mengambil kata putus untuk bergerak ke Kem Lolo untuk menjejaki mangsa pada jam 2.00pagi dan tiba di lokasi jam 3.30pagi. Perjalanan dengan keadaan yang gelap dan trek yang agak sukar membuatkan kami lebih bersemangat untuk bergerak bersama dan sampai ke lokais dengan selamat. Tetapi mangsa masih tidak ditemui dan kami terus monitor setiap laporan dari masa ke semasa hingga jam 5.00pagi kami bergerak turun semula ke kaki gunung. Walaupun mangsa tidak berjaya kami temui, namun kami tetap bersemangat untuk berusaha sebaik mungkin dalam operasi ini.

Monday, October 22, 2012

UJIAN CW OKTOBER 2012



Pada hari ini 23/10/2012 berlangsungnya Ujian CW di SKMM Cyberjaya. Sehubungan dengan itu, rakan komuniti ADARC iaitu 9W2YND (Shark) sedang mengambil ujian tersebut pada hari ini. Kami dari warga ADARC47, mengucapkan semoga anda berjaya kelak.






Sunday, October 14, 2012

FAMILY DAY ADARC 2012...




ADARC dengan kerjasama dan rakan komuniti telah mengadakan majlis "Hari Keluarga ADARC 2012" pada masa dan tempat seperti berikut:

                           Tarikh:   30hb Jun 2012 - 01hb Julai 2012
                           Lokasi:  Mess Greysands PDRM Port Dickson


Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas untuk ahli komuniti ADARC dan keluarga masing-masing untuk memastikan program berjalan dengan lancar dan meninggalkan kesan serta kenangan yang terindah kepada setiap ahli komuniti ADARC.











Dengan adanya program tahunan sebegini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin di antara rakan komuniti agar ia terus berkekalan selamanya kerana komuniti ADARC bagaikan sebuah keluarga yang sentiasa bersama walau apa jua keadaan.

Kepada rakan komuniti ADARC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah di atas usaha dan kerjasama antara kalian untuk memastikan program ini di jalankan dengan sempurna.























Hasil Memancing

Tarikh : 13 Oktober 2012

Tempat: Rumah Rakit, Teluk Gong,

Ahli Komplot : JXR, MHJ, YND, PSU, XYX, ZOX.



Terima kasih kepada semua pemancing !



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Team Memancing Adarc ke Rumah Rakit, Teluk Gong, Port Klang

Sent by DiGi from my BlackBerry® cerdikphone

Tuesday, October 9, 2012

Ahli radio amatur jadi hero berkas penjenayah !



Ahli Persatuan Persatuan Radio Amatur Pahang Mohamad Norzam Abas, 43, menerima surat penghargaan daripada pihak polis kerana berjaya memberkas seorang penjenayah yang melarikan diri daripada tahanan polis. Laporan penuh daripada Utusan Malaysia.


9W2JXR

Radio amatur selamatkan nyawa lima pengunjung taman rekreasi



--
9W2JXR

Dunia Radio Amatur



--
9W2JXR

ADARC47 Happy Family

Majlis Silaturahim Keluarga Adarc47 Pada 30 Jun - 1 Julai Yang lalu.

Sent by Owner from my BlackBerry® smartPhone 3310

KUNJUNGAN RAKAN ADARC KE BASE 9W2VIZ

Rakan ADARC iaitu En Fauzi 9W2VIZ telah mendapat penempatan baru di perantauan. Beliau telah ditugaskan untuk berkhidmat di sana selama beberapa tahun. Sempena penghijrahan beliau, satu kunjungan dari rakan-rakan ADARC ke base beliau telah berlangsung. Kami dari ADARC47 mendoakan beliau selamat bertugas di perantauan.

Sent from wan zox BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila burung bebas berterbangan

9M2BMX dan 9W2JOB gembira bebas bak burung berterbangan. Saya gembira untuk anda.

Life Of An Amateur.

Di suatu Malam Ketika Eyeball..

Sent by Owner from my BlackBerry® smartPhone

Saturday, October 6, 2012

Eyeball Gelombang Merah

Mlm ni kita eyeball bersama gelombang merah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 3, 2012

Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri 02/2012

Diumumkan permohonan bagi menduduki "Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri 02/2012" telah di buka. Bagi yang ingin menduduki peperiksaan tersebut boleh merujuk kepada maklumat seperti di bawah:









Borang Permohonan