Thursday, July 29, 2010

Keputusan RAE Siri 2/2010

Keputusan RAE siri 2/2010 telah pun dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia pada 29 Julai 2010. Semua calon-calon boleh menyemak di http://rae.skmm.gov.my/rae_2010_2.asp.

Tahniah, ADARC ucapkan kepada yang lulus dan cuba lagi kepada yang gagal.

73

Notis RAE Siri 3/2010 & Morse Code Test (CW 2/2010)


Notis untuk Radio Amateur Examination (RAE) siri 3/2010 dan Morse Code Test (CW 2/2010) telah pun dikeluarkan. Borang boleh dimuat turun di www.skmm.gov.my. Tarikh akhir penghataran borang adalah:-

RAE - 13 Ogos 2010 sebelum jam 5.00 petang
CW - 6 Ogos 2010 sebelum jam 5.00ptg.

Kepada yang berminat bertindak dari sekarang. Semoga berjaya...

73

Sunday, July 18, 2010

Gambar Sepanjang Aktiviti Di Jerangkang

Saturday, July 17, 2010

Mohon Sunbangan Dan Prihatin Rakan-Rakan




ASTRA WILAYAH TENGAH baru mendapat berita bahawa seorang rakan ham kita iaitu Saudara Mohd Hamizi bin Mohd Ariffin callsign 9W2ZEY (keahlian ASTRA #0374) baru ditimpa musibah. Kediaman beliau dan keluarga di No. 11, Tmn. Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor telah hangus dalam satu kebakaran pada 11hb Julai 2010 baru-baru ini. Alhamdulillah, beliau dan keluarga terselamat tetapi kediaman dan segala barang-barang dan dokumen penting beliau hilang 100% dalam kebakaran tersebut.

Dengan ini ASTRA WILAYAH TENGAH melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu saudara kita 9W2ZEY agar dapat meringankan beban yang ditanggung beliau. Segala sumbangan wang ringgit boleh disalur terus kepada akaun bank beliau seperti di bawah:

Nama: Mohd Hamizi bin Mohd Ariffin
Akaun: 112380222686
Bank: Maybank Berhad


Jika anda berhajat menderma barangan atau mendapat keterangan lanjut, bolehlah menghubungi beliau di talian 012-6409537.

Sekian, terima kasih.

Info dari blog ASTRA Tengah.

Friday, July 16, 2010

Eyeball Menjelang Ramadhan




Assalamualaikum

Dengan ini pihak rakan-rakan di kawasan Semenyih, Beranang, Mantin dan kawasan capaian oleh simplex serta rakan-rakan di kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Serdang, Cheras dan Putrajaya akan mengadakan Eyeball Di Rimbun Klasik Bandar Baru Bangi .

Pihak V66 simplex komuniti menjemput mana-mana rakan amatur atau swl untuk datang eyeball julung kali diadakan oleh rakan rakan V66.

Tarikh : 7 Ogos 2010

Tempat : Rimbun Klasik Bandar Baru Bangi

Masa : 5.00ptg dan keatas

Acara : Bertukar pendapat ramah mesra, chit chat, Sesi photografi bergambar beramai ramai bersama rakan rakan ham dan kenderaan .

Kepada yang berminat anda boleh berhubung terus kepada 9W2MJR (Abg Misai) di talian 012-3955 837 dan 9W2LST (Azlee) di talian 012-6649 857 untuk tujuan confirmation nama anda dan ahli keluarga anda. Sila beri nama anda sebelum 31 Julai 2010 untuk memudahkan pihak Abg Misai uruskan.

Anda juga boleh memanggil di V66 (147.495)

73

Info dari blog V66

Wednesday, July 14, 2010

HAM Festival Malaysia 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010



Kenyataan Akhbar 13/07/10

HAMFEST MALAYSIA 2010

1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.

4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.

5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010

Laman web : www.hamfest.my

Penganjur : Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)

Urusetia : LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )

Frekuensi Baru ASTRA- Linking Di Genting Highland

Bermula dari 10 Julai 2010 frekuensi ASTRA-Linking di Genting Highland telah ditukar seperti berikut:-

9M4RGH
RX 145.675
Offset -0.600
Tone 103.5

Diharap semua rakan-rakan yang berada di Lembah Klang dapat menukar frekuensi di rig atau pun handy anda dengan serta merta.

73

Friday, July 9, 2010

Undangan Ke Majlis Perkahwinan 9W2TBC (Ayie)


9W2TBC (Ayie) telah mewakilkan Alam Damai Radio Amateur Community (ADARC) untuk menjemput semua peminat radio amatur dan keluarga terutamanya yang berada di Lembah Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau pada:-

Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 11.00pagi - 4.00 petang
Lokasi : Padang Awam Taman Bukit Cheras
Koordinate : N 03 4.364, E 103 44.850
Frekuensi : V47 (145.5875)


Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan dan memberkati majlis.

73

Wednesday, July 7, 2010

Ekspedisi Mendaki Gunung Nuang



Pada 23 Mei 2010 yang lalu, geng 6 jahanam telah berjaya menawan Gunung Nuang. Geng 6 jahanam yang diketuai oleh 9W2BJT, merasa amat puas setelah dapat berjumpa dengan ulat gonggok di atas Gunung Nuang.

5 lagi sahabat beliau adalah 9M2AIR, 9W2NDS, 9W2TSE, 9W2GFA & 9W2SAQ.