Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada 27 November 2009 (Jumaat) seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau pun Hari Raya Korban.

Dikesempatan ini ADARC ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia am nya dan kepada semua rakan-rakan HAM khasnya.

Jika ada dikalangan kaum keluarga rakan-rakan HAM yang menunaikan rukun Islam kelima di tanah suci Mekah, marilah kita sama-sama mendoakan semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali. Mudah mudahan mereka dapat haji yang mabrur.

Tidak lupa lupa juga kepada rakan-rakan yang akan balik ke kampung halaman masing-masing. Berhati-hatilah semasa memandu di musim perayaan ini, semoga anda sampai dengan selamat ke destinasi.

73

0 comments:

Post a Comment