Tanggal 7 November 2009 (Sabtu) Persatuan Peminat Radio Amatur Selangor (PRADAS) telah mengadakan satu pameran radio amatur di Sri Inai International School di Damansara Utama. Pameran diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah berkenaan dengan radio amatur dan fungsinya.
ADARC telah menghantar wakil seramai 4 orang bagi tujuan mengawal selia, membantu dan memberi penerangan kepada para tetamu yang hadir. Mereka yang terlibat adalah 9W2WPG, 9W2NDS, 9W2BJT dan 9W2TSE.
Tahniah diucapkan kepada PRADAS dan ADARC kerana dapat memberi pendedahan berkenaan radio amatur kepada murid-murid Sri Inai International School dan masyarakat umum. Mungkin ada dikalangan mereka yang selama ini menganggap kenderaan yang mempunyai antena yang tinggi ini adalah TONTO, CALL MAN, SECURITY dan sebagainya. Namun dengan adanya pameran seperti ini kita dapat memberi penerangan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap HAM's di negara kita.
Semoga program-program seperti ini akan diadakan dari masa ke semasa. Jumpa dan jumpa lagi.
73
0 comments:
Post a Comment