Thursday, November 12, 2009

Eyeball Wilayah V17


Salam

Saya telah dihubungi oleh 9M2CJ - Thiam, dimana beliau kini dalam proses merangka 1 kertas kerja berkaitan Radio Amatur yang akan dihantar ke MCMC. CJ memerlukan sumbangan idea, pendapat, proposal, class emission, aprs, rtty atau apa shj yang bernas dan boleh utk dimuatkan ke dalam kertas kerja beliau.

Sehubungan dgn itu, beliau juga meminta utk mengadakan pertemuan eye-eye dikalangan rakan2 amatur terutamanya rakan2 9M, 9W, 'otai2' dan 'old timer' radio amatur yang akan berlangsung besok malam di Syed Bistro, jam 8.45 malam.

Sila war-warkan jemputan ini kepada semua rakan2 agar kita sebagai warga amatur khususnya dapat berkongsi dan menyumbangkan idea atau pendapat yang bernas untuk pembangunan Radio Amatur di Malaysia kepada MCMC walaupun berkemungkinan berhadapan dgn pelbagai rintangan dan harungan.

73. Wslm.

de 9W2TLB Talib

Sila war - warkan

ADARC47 bagi pihak Wilayah V17

0 comments:

Post a Comment