Pada 14 & 15 November 2009 yang lalu, ADARC47 telah menganjurkan acara Map Reading bertempat di kaki Gunung Nuang dengan kerjasama ASTRA Tengah. Tujuannya adalah untuk mendedahkan ahli-ahli radio amatur serta orang ramai tentang teknik membaca peta. Mungkin sekarang kita tidak memikirkan akan kepentingan peta, kerana kita mempunyai teknologi seperti GPS, APRS dan sebagainya. Hakikatnya teknologi peta yang ada pada masa kini merupakan olahan dari peta asasnya.
Oleh itu adalah difikirkan amat penting untuk setiap dari kita untuk mengetahui yang asas disamping penggunaan teknologi semasa yang ada. Berbekalkan kesedaran ini lah timbulnya inisiatif untuk mengadakan pembelajaran membaca peta / map reading oleh ADARC47.
Cuaca pada hari kejadian kurang memuaskan, namun semangat peserta tidak luntur. Dengan kesediaan jurulatih 9W2BCT (Abg Aswadi) untuk mencurahkan ilmu, para perserta telah dapat menimba ilmu dan teknik sebenar untuk membaca peta. Tidak ketinggalan turut diselitkan ialah slot ikhtiar hidup dalam hutan. Bercerita dari pengalaman serta pameran peralatan ikhtiar hidup yang ditunjukkan oleh 9W2BCT telah membuatkan aktiviti ini lebih menarik.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada 9W2BCT selaku jurulatih, Astra Tengah, para peserta, pihak media massa serta semua yang telah menjayakan aktivi ini. Jika ada tersalah terkurang harap dimaafkan.
Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang 2 hari aktiviti dijalankan:

Taklimat ringkas

9W2OCC dengan harmoniknya yang baru tiba...

Pengenalan ringkas...

Para peserta sibuk dengan kompas masing-masing...

9W2OCC bergambar sebelum bergerak pulang...

Wartawan Utusan (berjeket biru) bersama dalam aktiviti...

Sibuk dengan peta dan protektor...

Tengok nota masing-masing...

SWL Hisham, mengkaji peta...

Mendengar dengan teliti....

Mengulang kaji...

Teknik membaca....

Meneliti peta sebenar...

Base camp...

Rakan² cuba menggunakan kompas...

Praktikal....

Mendengar dengan khusyuk...
Hari Kedua...

Line up peralatan ikhtiar hidup....

Bersedia untuk belajar...

Peralatan ikhtiar hidup dan menu dalam hutan...

9W2BMX....meneliti...

9W2BCT...menunjukkan sesuatu...

9W2BCT....mengajar dengan tekun...

Demo potong wayar dengan pisau rambo :)

Harmonik 9W2BMX...

Harmonik 9W2BMX...monitoring...
Selesai sudah satu lagi program dengan jayanya. Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat menjayakan program kali ini. Dengan kejayaan yang dikecapi, semoga program - program di masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih sukses!!
Lagi tentang map reading.
Terima kasih.
73 de ADARC47
0 comments:
Post a Comment