Salam Merdeka buat semua warga komuniti ADARC. Walaupun hari kebangsaan sudah berlalu namun bahang kemerdekaan masih terasa selamanya. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menerima kelahiran cahaya mata mereka pada tanggal 31 Ogos 2012 di seluruh semenanjung Malaysia dan semoga anak merdeka ini dapat menjadi modal insan yang berguna kepada negara kelak.
Muhammad Shakil Bin Mohd Shahir cahaya mata kepada 9W2CAE dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 2012 pada jam 8.47mlm di Hospital Kajang. Tahniah kami ucapkan atas kelahiran bayi comel ini. Semoga kelahiran ini dapat memberi makna yang sangat besar pada pasangan ini dalam melayari bahtera rumahtangga. Dan semoga anak ini dapat menjadi anak yang berguna di masa akan datang.
0 comments:
Post a Comment