Monday, October 29, 2012

OPS SAR DI GUNUNG NUANG

Pada 22hb Oktober 2012, beberapa rakan komuniti ADARC terlibat secara langsung dalam operasi menjejaki kehilangan seorang pendaki solo Faiz Wan Zahid ( 32 tahun) yang dilaporkan hilang setelah seharian mendaki pada Isnin petang dan kehilangannya telah disedari oleh rakannya sendiri.

Berdasarkan info pertama yang kami terima daripada salah seorang rakan komuniti iaitu 9W2NDS yang telah melaporkan tentang kehilangan tersebut kepada rakan komuniti seterusnya bertindak untuk menghubungi rakan komuniti lain untuk mendapatkan info berkaitan. Info demi info kami perolehi dari pihak-pihak berkenaan dan hasil kata putus dan perbincangan antara rakan komuniti, beberapa orang rakan iaitu 9M2BMX, 9W2NDS, 9W2WPG, 9M2AIR, 9M2AIS dan 9W2BXT bergegas ke tempat kejadian untuk menghulur bantuan secara sukarela.

Sekitar jam 11.00malam kami tiba di Balai Polis berdekatan untuk membuat laporan dan di rujuk kepada SM Akma selaku pegawai yang mengendalikan operasi ini. Selesai membuat laporan kami dan keluarga mangsa di arah untuk menunggu anggota JPAM sampai lebih kuang jam 12.09pagi dan terus bergerak ke kaki gunung nuang untuk operasi seterusnya.

Di lokasi, 9W2BXT selaku "command center" menjalankan tugas untuk menerima laporan dan info penting sepanjang operasi yang di pantau oleh pihak polis. Manakala 9W2MHJ membantu dengan monitor segala laporan dari base beliau dan menyampaikannya kepada rakan komuniti dan anggota JPAM menyusul tidak lama kemudian ke lokasi. Setelah berbincang, kami mengambil kata putus untuk bergerak ke Kem Lolo untuk menjejaki mangsa pada jam 2.00pagi dan tiba di lokasi jam 3.30pagi. Perjalanan dengan keadaan yang gelap dan trek yang agak sukar membuatkan kami lebih bersemangat untuk bergerak bersama dan sampai ke lokais dengan selamat. Tetapi mangsa masih tidak ditemui dan kami terus monitor setiap laporan dari masa ke semasa hingga jam 5.00pagi kami bergerak turun semula ke kaki gunung. Walaupun mangsa tidak berjaya kami temui, namun kami tetap bersemangat untuk berusaha sebaik mungkin dalam operasi ini.


Hasil usaha anggota penyelamat dan pihak yang berkenaan akhirnya mangsa telah ditemui dalam keadaan keletihan di Kem Pacat pada jam 5.30petang pada 24hb Oktober 2012. Mangsa juga kini dalam keadaan stabil dan di rawat di hospital berdekatan. Dengan ini, kami komuniti ADARC akan sentiasa menghulur bantuan dalam operasi-operasi sebegini kerana kami menganggap ia adalah tanggungjawab kami bagi menjalankan misi menyelamat selain bergerak aktif dalam radio amatur. Dan ini adalah kebaikan dan manfaat yang kami perolehi dengan penggunaan radio amatur dalam waktu-waktu kecemasan seperti ini.

Tahniah diucapkan kepada rakan komuniti yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam operasi ini. Jasa kalian amat di hargai.








































0 comments:

Post a Comment