Pada 23hb September 2012, ADARC secara langsung terlibat dalam program "Charity Run" sebagai Logistic Partner anjuran Kumpulan Belia 4B Malaysia dan Kuala Lumpur YOUTH Development Organization. Seramai 15 orang ahli komuniti ADARC terlibat dalam program ni dan menjalankan tugas sebagai Radio Command Center, Rider, dan checkpoint personnel.
Antara ahli ADARC yang terlibat ialah 9M2AIR, 9M2AIS, 9W2XYX, 9W2ZOX, 9W2BKE, 9W2CAE, 9W2GFA, 9W2NDS, 9W2XSJ, 9W2JTM, 9W2YND, 9W2SXQ, 9W2TBC, 9W2SAQ , dan SWLGadafi....Larian bermula jam 7.30pg dan kami telah bersedia menyediakan segala peralatan dan persiapan bersama untuk memastikan kelancaran program seawal 6.30pg.
Dengan semangat kerjasama antara satu sama lain, setiap tugasan yang diberikan kepada kami dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah serta mendapat pujian daripada YBhg Dato' Mukhriz Mahathir di atas ketelitian komuniti ADARC dalam melaksanakan tugasan. Tahniah di ucapkan kepada warga adarc yang terlibat. Semoga program yang akan datang dapat disempurnakan dengan lebih baik.
" TOGETHER WE STRIVE OUR BEST "
0 comments:
Post a Comment