Alhamdulillah, selesai la sudah seisi eyeball bersama ASTRA Tengah dan 9M. Kepada yang dah dapatkan tandatangan 9M boleh la buat callsign secepat mungkin. Balik kampung raya nanti dah ada callsign hehehe....
Ini adalah julung kalinya ADARC buat eyeball yang agak besar, kalau sebelum ni mungkin 20 ke 30 orang. Tapi eyeball pada kali ini mencecah hampir 60 orang. Terima kasih semua yang hadir.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pengurus ASTRA Tengah iaitu 9W2MDY (Pak Madi) bersama-sama AJK nya yang sudi datang melawat dan eyeball bersama-sama kami. Tidak lupa juga orang lama 9W2TS (Pak Saad) terima kasih sudi hadir.
Di kesempatan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung bagi menjayakan eyeball ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sudi hadir.
Kepada yang lulus RAE tahniah kami ucapkan, kepada yang gagal jangan berputus asa.
73
2 comments:
salam kontek perdana..
dalam masa terdekat ni takde lagi ke sesi tandatangan?
saya dah lulus exam tahun lepas, tapi tak jumpe2 lagi 9m2..hehe..
harap rakan2 boleh membantu...
tolong tinggalkan no tel anda atau hubungi no yg tertera di atas blog.
Post a Comment