Monday, August 23, 2010

Terlajak Perahu Boleh Di Undur, Terlajak Kata Padah Akibatnya...

Lama betul blog ini tak post cerita-cerita panas kan. Tapi hari ni cerita panas keluar kembali.... kalau baca tajuknya pun anda mesti tertanya-tanya.. kenapa? Sebab apa? dan lain-lain persoalan lagi bermain di fikiran anda.

Tersebut kisah................ hehehehehe....sebenarnya 1 ketika dahulu salah sorang rakan Alam Damai Amateur Radio Community telah dapat 1 SMS dan 1 panggilan telefon dari 2 rakan amatur. SMS dan panggilan telefon tersebut ada mengatakan "tolong keluarkan nama saya dari blog Alam Damai, saya tidak mahu bersengkongkol dengan gengster".

Disebabkan sifat matang kami tidak melompat, malahan secara gentleman menelefon dan berjumpa dengan insan tersebut. Kenapa beliau berkata sedemikian? Adakah beliau ada bukti? Adakah beliau dah selidik cerita yang didengari?

Baru-baru ini rakan yang memanggil V47 gengster ini ada menelefon dan meminta rakan-rakan Alam Damai Amateur Radio Community, membantu dan menyokong untuk menubuhkan sebuah kelab radio amatur.

Cuba anda fikirkan.. dimanakah letaknya maruah beliau. Sudah la kau kata kami ni gengster.. sekarang nak mintak tolong pulak. Memang orang macam ni ibarat jilat semula ludahnya. Sehingga ke hari ini tiada kenyataan maaf dari beliau. Memang betul lah pepatah melayu mengatakan Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Padah La Akibatnya....

Jika anda hendak menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang adil. Janganlah mendengar disebelah pihak sahaja kemudian anda menjatuhkan hukuman. Berilah peluang pihak yang kena tuduh untuk membela diri.

Janganlah anda hendak perli-perli di frekuensi, sehinggakan ada rakan hendak berbuka puasa di rumah berasnya pun anda nak perli dengan mengatakan "Ye la yang jauh pergi, yang dekat tak nak datang, siapalah kita.. gengster kan...." Apa hak anda cakap sedemikian?

Kami nak nasihat insan berkenaan, "Jadilah Benang Untuk Menjahit Bahagian Yang Koyak dan Bukannya Menjadi Jarum Untuk Melubangkannya Lagi"


5 comments:

Anonymous said...

Yes..terbaik..kalau ludah ke langit, mmg jatuh kt muka sndri..btol..kena adil kalau nak jadi pemimpin, jgn menangkan anak buah yg kemudian hari conteng arang balik kt muke sendiri..akibatnya??? sepatutnya, org yang lebih berumur tu, menjadi tauladan pada kami yg muda2 ni..rupenye, harapkan pagar..pagar pun roboh..dan lagi satu pengajaran buat kita semua..org yg pakai kopiah, janggut panjang..blum tentu lagi baik dari org yg pakai seluar jeans koyak lutut!

sila hubungi saya 0192883084

de 9m2air

BlogAdmin said...

Dah lumrah bang. Sewaktu mulanya kita disanjung dan di puji. Dan setelah dapat apa yg dihajati, terus berlalu pergi. Tapi yang sakit hati bila yang pergi itu mengutuk macam2 tentang kita ditempat baru.
Sabar lah..biar berkualiti dari kuantiti.

Anonymous said...

yes, tepat sekali..kualiti dari kuantiti..ramai pun xbole pkai nk buat ape..yg die tau nye bergaye aje lah, kete beso, umah beso, awek beso, cakap beso..KL-Melaka 5 watt, pkai quater wave kt kete tu, dalam garaj umah lagi..mmg champion la die. tapi xpe la..die poket beso, kalau beso bocor poketnye pun..ade amak n apak tampal lagi beso. jadi biorkan aje..tengokkan aje smpai mane die pegi, ayahanda CSL ke, anakanda CSL ke..tunggu dan lihat aje le sape yg kene lekit getahnye

ibnuimam said...

Saya tak nak minta callsign dikeluarkan. Cuma nak minta dikekalkan je selagi boleh. jauh ni diperantauan. hua3x.

Ikhlas dari Kulaijaya

9M2RIE said...

Buah keraih ni.....

Kalau suka cakap suka. Kalau tak suka jangan dok kata. Kalau nak keluaq keluaq saja. Kalau nak masuk balik dah tentu kena sbb kalau meludah kelangit...(langit tak salah sbb tu apa2 saja yg ludah keatas jatuh kebawah) kalau jatuh kemuka nanti kena demam kepialu. kalau sipi kena demam malaria saja. Tapi kalau kena muka "amat nispu" memang nak mampus.

9m2rie

Post a Comment