Sunday, August 15, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Pelajar jarak jauh (PJJ), Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Tokeikedai.net.my akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ibu tunggal seperti yang tertera dibawah:

Tarikh: 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa: 5.00pm
Lokasi : Rumah Amal Baitul Kasih, No. 23, Jalan BRP 6/5, Bukit Rahman Putra


Dengan ini pihak penganjur mewakilkan Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) untuk war-warkan berita ini kepada semua rakan-rakan radio amatur.

Mana-mana rakan yang berminat untuk konvoi ke sana atau ingin menyumbangkan wang ringgit atau pun peralatan juga kelengkapan. Anda boleh berhubung terus dengan 9W2SAQ (Zul) di 013-3673 867.

Semoga kita mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini.

2 comments:

skamals said...

salam....tak jadi kan program ni??

ardi - organiser program said...

salam... program telah bertukar tarikh..

22/8/2010 lokasi rumah anak yatim sentuhan budi, kg sri batu jalan ipoh.

maklumat lanjut www.tokeikedai.net.my/forum

Post a Comment