Slogan diatas telah pun diguna pakai di semua agensi kerajaan di Malaysia. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga adalah salah satu suruhanjaya yang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian Dan Kebudayaan.
Jika dilihat dari segi nama SKMM ni wahhhhh memang hebat la... ye la multimedia la katakan. Orang-orang kampung pun tahu orang yang belajar atau kerja dalam bidang multimedia ni boleh buat macam-macam kerja hanya dengan menggunakan komputer.
Tapi apa sudah jadi dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)??? Nama hebat, pejabat hebat, kelengkapan hebat. Tapi nak buat sekeping Apparatus Assignment (AA) pun mengambil masa berbulan. Susah sangat ke nak buat AA ni???? Kenapa dulu boleh siap dalam jangka masa 5 minit jer....
Zaman sudah berubah, manusia inginkan kemajuan dan kepantasan. Sepatutnya SKMM lebih maju kehadapan bukannya berundur kebelakang. Cuba kita lihat Jabatan Imigresen, mereka berubah dari lambat ke cepat. Kalau dahulu nak buat pasport antarabangsa mengambil masa 6 bulan, kemudian disingkatkan menjadi sebulan, disingkatkan lagi menjadi 1 hari dan terkini hanya 2 jam sahaja. Ini la yang dikatakan kemajuan.
SKMM renung-renungkanlah keluhan kami ini, bukan semua operator radio amatur kaya dan mempunyai banyak masa. Nak kena berulang alik hantar borang dan hantar wang pos. Kalau pejabat SKMM sebelah rumah takpe la kalau nak berulang tiap-tiap hari pun.
Buatlah 1 perubahan yang menyenangkan kedua-dua belah pihak.
73
0 comments:
Post a Comment