Tuesday, August 31, 2010

Selamat Berjuang

31 Aug

Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) telah menghantar 3 orang wakil untuk ujian CW pada kali ini. Mereka adalah 9W2BCT, 9W2BJT dan 9W2LMF.

Dengan ini kami mendoakan semoga anda bersama-sama rakan-rakan lain yang mengambil ujian CW berjaya menempuhi ujian dengan tenang dan mudah-mudahan anda semua lulus. Jika gagal jangan berputus asa, cuba lagi dimasa hadapan.

Semoga berjaya......

73

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53

30 Aug


Warga Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan tang ke-53. Dengan ini sama-samalah kita mempertahankan kemerdekaan negara kita.

Renungilah sejarah silam bertapa susahnya perwira-perwira dan pejuang-pejuang kemerdekaan berjuang untuk memerdekakan negara kita dari jajahan asing.

MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA..

Friday, August 27, 2010

9W2AY Silent Key

27 Aug

Pada jam 6.34pagi tadi ADARC telah menerima 1 sms yang mengatakan 9W2AY (Pak Ayub) telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi dan akan dikebumikan di Alor Setar sebelum Zohor.

Takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah...

73

Wednesday, August 25, 2010

Selamat Hari Wanita

25 Aug

Hari ini 25 Ogos 2010 adalah Hari Wanita. Oleh itu Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di dunia amnya dan semua wanita yang berkecimpung di dalam radio amatur khasnya.

Sehingga hari ini ADARC mempunyai 6 orang wanita yang mempunyai callsign amatur. Tahniah untuk anda. Mudah-mudahan kita dapat menambah lagi kaum wanita di dalam dunia amatur.

9W2SMU
9W2BMQ
9W2FOZ
9W2JOX
9W2HDZ
SWL Aryn (Dah lulus tunggu nak buat callsign jer)

73

Monday, August 23, 2010

Terlajak Perahu Boleh Di Undur, Terlajak Kata Padah Akibatnya...

23 Aug

Lama betul blog ini tak post cerita-cerita panas kan. Tapi hari ni cerita panas keluar kembali.... kalau baca tajuknya pun anda mesti tertanya-tanya.. kenapa? Sebab apa? dan lain-lain persoalan lagi bermain di fikiran anda.

Tersebut kisah................ hehehehehe....sebenarnya 1 ketika dahulu salah sorang rakan Alam Damai Amateur Radio Community telah dapat 1 SMS dan 1 panggilan telefon dari 2 rakan amatur. SMS dan panggilan telefon tersebut ada mengatakan "tolong keluarkan nama saya dari blog Alam Damai, saya tidak mahu bersengkongkol dengan gengster".

Disebabkan sifat matang kami tidak melompat, malahan secara gentleman menelefon dan berjumpa dengan insan tersebut. Kenapa beliau berkata sedemikian? Adakah beliau ada bukti? Adakah beliau dah selidik cerita yang didengari?

Baru-baru ini rakan yang memanggil V47 gengster ini ada menelefon dan meminta rakan-rakan Alam Damai Amateur Radio Community, membantu dan menyokong untuk menubuhkan sebuah kelab radio amatur.

Cuba anda fikirkan.. dimanakah letaknya maruah beliau. Sudah la kau kata kami ni gengster.. sekarang nak mintak tolong pulak. Memang orang macam ni ibarat jilat semula ludahnya. Sehingga ke hari ini tiada kenyataan maaf dari beliau. Memang betul lah pepatah melayu mengatakan Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Padah La Akibatnya....

Jika anda hendak menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang adil. Janganlah mendengar disebelah pihak sahaja kemudian anda menjatuhkan hukuman. Berilah peluang pihak yang kena tuduh untuk membela diri.

Janganlah anda hendak perli-perli di frekuensi, sehinggakan ada rakan hendak berbuka puasa di rumah berasnya pun anda nak perli dengan mengatakan "Ye la yang jauh pergi, yang dekat tak nak datang, siapalah kita.. gengster kan...." Apa hak anda cakap sedemikian?

Kami nak nasihat insan berkenaan, "Jadilah Benang Untuk Menjahit Bahagian Yang Koyak dan Bukannya Menjadi Jarum Untuk Melubangkannya Lagi"


Thursday, August 19, 2010

Tahniah

19 Aug

Tahniah untuk anda.

Gambar di atas merupakan seorang anak didik atau pun SWL dari rakan-rakan ADARC. Kegigihan dan kesungguhan beliau telah membuahkan hasil. Beliau yang pada mulanya meminati radio amatur daripada saudaranya di kampung halamannya. Kemudian pulang ke Cheras dan mencari rakan-rakan amatur di sekitar kawasan Cheras.

Mendengar ada pameran radio amatur di Putrajaya sempena sambutan hari belia, beliau sanggup berulang selama 2 hari berturut-turut untuk melihat pameran radio amatur demi minatnya. Hari pertama beliau tidak jumpa lokasi pameran dan hari kedua beliau hadir kembali. Kali ini beliau meletakan kenderaan nya agak jauh dari tapak pameran. Berjalan kaki hampir 3km baru lah menjumpai tapak pameran tersebut.

Setelah melihat, menjenguk dan memerhati beliau telah disapa oleh 9W2FJO (Joe). Sejak dari perkenalan itu Joe telah memperkenalkan beliau dengan rakan-rakan Alam Damai. Demi untuk merealisasikan minatnya terhadap radio amatur beliau telah menghantar borang mengambil RAE.

Perjalanan 3km kini berbaloi, kerana kini beliau sudah pun ada callsign sendiri iaitu 9W2JOB.

Tahniah sekali lagi untuk anda.

Sunday, August 15, 2010

Jemputan Buka Puasa bersama Anak-anak Yatim Nur Iman

15 Aug

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan

Beberapa hari lalu, Yayasan Mohamed Noah melalui 9W2AXE iaitu Abang Azhar telah menghubungi saya untuk memanjangkan jemputan buka puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Penyayang Nur Iman di Taman Setapak Kuala Lumpur.

Butiran lanjut adalah seperti berikut
:
Tarikh : 19 Ogos 2010 @ Khamis
Lokasi : AQ 1, Jalan Bakubang, Taman Setapak, 53100 Kuala Lumpur
GPS : 3.206631,101.713949
Jenis jemputan: Terbuka
Laman Web: http://nur-iman.smibiz.com/

Jadual program:
6.30pm - Berkumpul
7.00pm - Persediaan berbuka puasa (disediakan)
7.30pm - Berbuka puasa dan solat maghrib bersama anak-anak
8.00pm - Two Way Radio Demo
8.15pm - Bersurai

Kesempatan ini juga pada sesiapa yang ingin menyumbangkan apa sahaja bentuk derma bolehlah berbuat demikian.

Pengesahan kehadiran boleh hubungi saya di talian 013-3940 011 atau SMS.
73

Info dari 9M2PRO..


Makan Malam Amal Bersama Anak-Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa

15 Aug

Rumah Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa akan mengadakan majlis makan malam amal. Atucara majlis seperti di bawah:

Tempat: Rumah anak-anak Yatim & Anak-anak Hidayah Al-Taqwa, Jalan Felcra Semungkis
Tarikh: 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa: 7.00pm

1) Berbuka puasa
2) Solat Fardhu dan Sunat Tarawih berjemaah
3) Menikmati makanan sambil menderma
4) Persembahan nasyid.

Mana-mana rakan yang ingin bersedekah dalam bentuk wang ringgit, makanan atau pun barang keperluan yang lain, anda boleh menghubungi terus kepada 9W2VIZ (Fauzi) 013-2083 747 untuk keterangan lanjut.

Mudah-mudahan anak-anak yatim ini juga dapat bergembira di hari lembaran nanti dengan pakaian yang serba baru.

Tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima...

73

Majlis Berbuka Puasa Pot Luck MARES 2010

15 Aug

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini, MARES akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua rakan-rakan radio amatur di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya.




Majlis ini akan diadakan secara "pot luck".



Digalakkan agar warga MARES dan rakan-rakan radio amatur yang hadir dapat memberikan sedikit sumbangan bagi menjayakan majlis ini.




Lokasi:
Rumah Kelab MARES Petaling Jaya

Tarikh: 21 Ogos 2010

Masa: 2:30PM - lewat malam.



Aturcara majlis

2.30 PM - Persediaan dan pembersihan rumah kelab

5:00 PM - Ketibaan dan persediaan (Pot Luck)

7:15 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

7:45 PM - Jamuan

8:30 PM - Solat Isya' dan Tarawikh

10:00 PM - Jamuan ringan dan seisi terbuka

10:30 PM - Bersurai



Rakan-rakan ham yang ingin menyertai acara ini, jika anda ingin membawa makanan, sila hubungi saudara
Izad 9W2RI di talian 017-7338 676 atau 9w2ri@mares.org.my untuk pengesahan.



Diharap semua warga MARES dan rakan-rakan radio amatur, dapat menghadirkan diri ke majlis ini.




Semoga kita mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas.




73

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

15 Aug

Pelajar jarak jauh (PJJ), Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Tokeikedai.net.my akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ibu tunggal seperti yang tertera dibawah:

Tarikh: 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa: 5.00pm
Lokasi : Rumah Amal Baitul Kasih, No. 23, Jalan BRP 6/5, Bukit Rahman Putra


Dengan ini pihak penganjur mewakilkan Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) untuk war-warkan berita ini kepada semua rakan-rakan radio amatur.

Mana-mana rakan yang berminat untuk konvoi ke sana atau ingin menyumbangkan wang ringgit atau pun peralatan juga kelengkapan. Anda boleh berhubung terus dengan 9W2SAQ (Zul) di 013-3673 867.

Semoga kita mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

9 Aug

Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam secara am nya dan kepada semua HAM operator yang beragama Islam khasnya.

Dikesempatan ini ADARC ingin meminta maaf sekiranya ada perbuatan, percakapan atau gurauan kami yang menyinggung mana-mana pihak.

Buang yang keruh, ambil yang jernih...

Selamat Berpuasa....

73

Sunday, August 8, 2010

Eyeball QSO ADARC & ASTRA Tengah

8 Aug




Alhamdulillah, selesai la sudah seisi eyeball bersama ASTRA Tengah dan 9M. Kepada yang dah dapatkan tandatangan 9M boleh la buat callsign secepat mungkin. Balik kampung raya nanti dah ada callsign hehehe....

Ini adalah julung kalinya ADARC buat eyeball yang agak besar, kalau sebelum ni mungkin 20 ke 30 orang. Tapi eyeball pada kali ini mencecah hampir 60 orang. Terima kasih semua yang hadir.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pengurus ASTRA Tengah iaitu 9W2MDY (Pak Madi) bersama-sama AJK nya yang sudi datang melawat dan eyeball bersama-sama kami. Tidak lupa juga orang lama 9W2TS (Pak Saad) terima kasih sudi hadir.

Di kesempatan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung bagi menjayakan eyeball ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sudi hadir.

Kepada yang lulus RAE tahniah kami ucapkan, kepada yang gagal jangan berputus asa.

73

Friday, August 6, 2010

Misi Membaik Pulih Lightning Arester 9M4RBC

6 Aug



Pada 31 Julai 2010 seramai 13 orang rakan-rakan dari Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) yang diketuai oleh 9W2BCT & 9W2BMX telah menjalankan 1 misi untuk membaik pulih konduktur kilat (lightning arester) repeater 9M4RBC. Setelah mendapat persetujuan dari pihak ASTRA tengah rombongan bergerak ke Ulu Kali.

Di dalam perjalanan untuk sampai ke Ulu Kali, kereta 9W2TSE mengalami sedikit masalah (overheating). Ini membuatkan rombongan terpaksa berhenti beberapa kali untuk sampai ke puncak. Namun atas semangat setiakawan dan amanah yang telah dipikul, 9W2TSE bersama rombongan meneruskan juga perjalanan dan selamat sampai ke puncak Ulu Kali.

Setelah bersusah payah mengharungi bukit bukau, semak samun, lurah gaung, batu batan serta jalan yg licin rombongan pun sampai ke lokasi kerja. Setelah mendapat penjelasan dari Penolong Pengurus ASTRA Tengah 9M2GTR, kerja-kerja pembaikan dijalankan sehingga lewat tengah malam.

Dengan keadaan angin kencang, cuaca yang sejuk, permukaan yang licin dan hujan telah membataskan kerja-kerja pembaikan. Ketika ini beberapa rakan telah pun mengalami kekejangan otot dan berasa hendak demam. Setelah berbincang kami memutuskan untuk menamatkan kerja-kerja pemulihan pada pukul 12.00 tengah malam dan akan disambung pada keesokan harinya. Walaupun keputusan telah dibuat untuk turun, tapi hati masing-masing kecewa kerana tidak dapat menyelesaikan tugas.

Rakan-rakan selamat sampai ke rumah masing-masing pada jam lebih kurang 4.00 pagi.

1 Ogos 2010, misi menyambung tugas yang terbengkalai di puncak disambung. Kali ini hanya 4 orang sahaja yang menyertai misi iaitu 9M2AIR, 9W2BMX, 9W2BJT dan 9W2CAE. pada hari ini tidak kurang hebatnya juga halangan yang kami terima. Kadangkala ada juga rasa berputus asa, tapi apabila teringatkan amanah yang diberi oleh rakan-rakan dibawah sana, kami cuba juga sedaya upaya untuk menghabiskan tugas.

Alhamdulillah, berkat kesabaran serta doa rakan-rakan yang mengiringi, kami dapat menyiapkan tugasan pada jam 10.30 malam. Laporan diberi kepada ASTRA Tengah untuk mereka menyusun langkah seterusnya. Terima kasih ASTRA kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada ADARC untuk menyiapkan tugasan diatas. Ini adalah pengalaman yang amat beharga buat kami semua.

Kesimpulan yang kami dapat disini, marilah kita sama-sama menghargai dan menjaga repeater kita. Betapa susahnya pakcik-pakcik, abang-abang kita yang lebih dahulu dari kita menceburi bidang ini. Mereka menaikan repeater di atas puncak gunung dan bukit, dengan keadaan cuaca yang sejuk, angin yang kuat, meredah semak dan samun dan pelbagai lagi halangan. Gunakanlah repeater sebaik mungkin.

73....

9M4RBC Telah Beroperasi Semula

6 Aug

Bermula dari 7 Ogos 2010 frekuensi ASTRA-Local (9M4RBC) di Ulu Kali telah beroperasi seperti sediakala. Frekuensi yang digunakan adalah seperti berikut:-

9M4RBC
RX 147.750
Offset -0.600
Tone 85.4

Diharap semua rakan-rakan yang berada di Lembah Klang dapat menukar frekuensi di rig atau pun handy anda dengan serta merta.

73

Tuesday, August 3, 2010

Eyeball QSO Bersama ASTRA Tengah

3 Aug

Rakan-rakan Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) akan mengadakan eyeball QSO bersama rakan-rakan/AJK ASTRA Tengah di Restoran D'Penghulu Batu 9, Cheras pada 06/08/10 jam 8.30 malam.

Tujuan eyeball QSO ini diadakan adalah untuk mengenali dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain disamping membincangkan program-program yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Anda yang berminat untuk menjadi ahli ASTRA juga, anda boleh hadir untuk mengisi borang dan bertanyakan perkara-perkara yang tidak anda fahami kepada pihak ASTRA Tengah.

Dikesempatan ini juga, kami mempelawa kepada mana-mana SWL yang baru lulus RAE. Anda juga boleh mendapatkan tandatangan 9M pada hari tersebut.

Kepada mana-mana rakan yang berkelapangan atau berkesempatan untuk turut serta, dipersilakan. Untuk sebarang pertanyaan atau pandu arah pada hari tersebut, anda boleh memanggil di frekuensi V47 (145.5875).

Jumpa anda di sana....

Koordinate GPS N 03. 3.298' & E 101. 46.287'

73

MESRA DI UDARA, AKRAB DI DARATAN

Monday, August 2, 2010

Selamat Ulang Tahun ke - 13 ASTRA

2 Aug

ADARC47 mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke - 13 kepada ASTRA (Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia), semoga ASTRA akan terus maju di masa akan datang. Tahniah ASTRA!


73 de ADARC47