Satu kelas ulangkaji untuk SWAL yang akan menduduki peperiksaan RAE 1/2009 telah diadakan di restoran BRJ Alam Damai pada 19.06.09.
Seramai 10 orang SWAL telah hadir walaupun mereka ini bukan dari lokalan Alam Damai. Syabas diucapkan kepada anda yang hadir, kerana adanya sifat ingin menuntut ilmu anda sanggup datang walaupun dari jauh.
Dikesempatan ini juga ADARC47 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 9W2SMF yang sanggup meluangkan masa untuk untuk menurunkan ilmu beliau kepada SWAL.
Tidak lupa juga kepada 9W2BCT wakil daripada pihak ASTRA yang turut serta memberi semangat dan tunjuk ajar kepada SWAL, juga rakan-rakan ADARC47 yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini terutamanya 9W2BMX dan juga rakan-rakan yang lain.
Terima kasih kepada rakan-rakan dari Wilayah V17 yang turut serta pada malam tersebut. Terima kasih semua. Mudah mudahan rakan-rakan yang bakal menduduki RAE 1/2009 ini lulus.
0 comments:
Post a Comment