Dunia HAM ini dipenuhi dengan pelbagai ragam dan jenis manusia. Walaupun baru setahun usia lesen dari MCMC, ia bukanlah satu sebab yang boleh membutakan aku dengan karenah manusia. Adakalanya karenah yang aku anggap agak kebudak-budakan ini tidak sepatutnya ada dalam jiwa seorang pemegang lesen bergelar 9W @ 9M yang kononnya sebelum ini digembar gemburkan sebagai rakan HAM sejati.
Mengutuk, hidup 'berpuak -puak' (lagak kaum nomad), tidak puas hati dengan kelebihan atau kejayaan orang lain, bagaikan sudah sebati dengan jiwa mereka. Mungkin ada yang akan berkata, 'bukan semua rakan HAM macam tu,' atau mungkin akan ada suara-suara yang membidas "ek eleh, macam la dia tu bagus sangat', namun itulah hakikat yang harus diterima oleh kita.
Sudah hilangkah semangat juang rakan HAM yang saling hormat menghormati? Tidak kira lah samada 9W @ 9M, pokoknya jika dilihat, rasa hormat itu sudah semakin hilang. Sekarang nilai moral kita semakin jauh kebelakang. Perilaku kita ada kalanya sudah hampir melangkaui batas. Luckily we still have friends who we can really on dan golongan minoriti inilah yang akan mengekalkan status atau gelaran 'RAKAN HAM SEJATI'.
Disebabkan perkara-perkara diatas la, ramai rakan-rakan aku dah merajuk nak main radio. Hehehehe. Jadi rakan-rakan sekalian, renung-renung dan fikir-fikirkan lah sejenak.
0 comments:
Post a Comment