Tuesday, June 30, 2009

Gotong Royong Menaikan Antena HF 9M2ADI

Assalamualaikum buat saudara rapat V47,

Bagi pihak 9M2ADI iaitu saudara Adi Ashran, beliau memohon bantuan dan kerjasama dari rakan-rakan yang berkelapangan untuk menjalankan aktiviti menaikkan beberapa set antena HF di rumah beliau di alamat:

2938, Jalan Lima,
Kemensah Heights (Sebelah dinding Zoo Negara)

Tarikh : 11 JULAI
Masa : 9 pagi

Sekiranya berminat, sila maklumkan kembali kepada kami berapakah anggota sukarela untuk memudahkan beliau menyediakan makan dan minum yang mencukupi sebelum 7 Julai.

Terima kasih atas kerjasama dan bantuan tuan-tuan semua. Mudah-mudahan aktiviti ini berjalan dengan lancar hendakNya.

Aktif di UDARA , Aktif di DARAT
Mesra di UDARA, Akrab di DARATAN

73 de 9W2PRO 0133940011

Monday, June 29, 2009

RAE RAE RAE....

Jam 5.00pm tanggal 24.6.06 besamaan hari Rabu tamatlah sudah RAE 1/2009 yang berlangsung di MATRADE Jalan Duta. Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang telah berjaya menduduki RAE mudah-mudahan anda semua lulus.

Keunikan hobi Radio Amatur ini adalah RAE dan CW. Tiada sebarang hobi yang memerlukan peperiksan tetapi radio amatur memerlukan anda menduduki Radio Amatuer Examination (RAE) atau CW Examination.

Anda sepatutnya berbangga apabila menjadi Rakan HAM tetapi janganlah sombong. Tiada orang baru maka tiadalah orang lama. Jadi sama-sama lah kita menghormati senior-senior atau abang/kakak yang lebih dahulu menceburi bidang radio daripada kita dan pada senior-senior dan abang/kakak sayangi lah adik-adik atau rakan-rakan yang baru ini. Salah silap kami tolong tunjuk kan, mudah-mudahan keakraban sebagai Rakan HAM berterusan tanpa mengira darjat, pangkat, umur, agama, bangsa dan status.

Gambar RAE 2009 - sumber 9W2MHG:



p/s: kepada semua rakan2 yang telah manduduki RAE harap anda semua berjaya. Kepada rakan2 lokalan yang datang memberi sokongan diucapkan ribuan terima kasih, sokongan anda inspirasi kami rakan SWAL.




Sunday, June 21, 2009

Ulangkaji Nota & Soalan-Soalan Contoh RAE











Satu kelas ulangkaji untuk SWAL yang akan menduduki peperiksaan RAE 1/2009 telah diadakan di restoran BRJ Alam Damai pada 19.06.09.

Seramai 10 orang SWAL telah hadir walaupun mereka ini bukan dari lokalan Alam Damai. Syabas diucapkan kepada anda yang hadir, kerana adanya sifat ingin menuntut ilmu anda sanggup datang walaupun dari jauh.

Dikesempatan ini juga ADARC47 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 9W2SMF yang sanggup meluangkan masa untuk untuk menurunkan ilmu beliau kepada SWAL.

Tidak lupa juga kepada 9W2BCT wakil daripada pihak ASTRA yang turut serta memberi semangat dan tunjuk ajar kepada SWAL,
juga rakan-rakan ADARC47 yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini terutamanya 9W2BMX dan juga rakan-rakan yang lain.

Terima kasih kepada rakan-rakan dari Wilayah V17 yang turut serta pada malam tersebut. Terima kasih semua. Mudah mudahan rakan-rakan yang bakal menduduki RAE 1/2009 ini lulus.

Jom Kayuh 2 (Sunway - Melaka)














Tanggal 9 Mei 2009 satu lagi program jom kayuh 2 telah dianjurkan oleh PRADAS telah berjaya dan selamat dilangsungkan. Program yang bermula dari Desa Mentari (Sunway) ini telah berjaya ditamatkan di MGIC (Melaka Go-Kart International Circuit) Melaka.

Kayuhan pada kali ini nampaknya lebih ramai perserta dari progrram jom kayuh 1 dan seperti biasa rakan-rakan dari ADARC47 telah ditugaskan untuk menjaga check point.

Syabas sekali lagi kepada PRADAS dan ADRAC47 yang telah menjayakan program Jom Kayuh 2.

Thursday, June 18, 2009

Ulangkaji/Perbincangan Nota & Soalan RAE

Ulangkaji/perbincangan nota dan soalan RAE akan diadakan pada hari Jumaat 19.06.09 jam 8.30pm di Restoran BRJ Alam Damai. Tenaga pengajar 9W2SMF(Fadhil) dan 9W2BCT(Aswadi).

Semua SWAL yang akan menduduki peperiksaan RAE 1/2009 di jemput hadir dengan membawa nota-nota dan contoh-contoh soalan RAE untuk diperbincangkan.

Kepada rakan-rakan yang telah mempunyai callsign amatur dan SWAL yang tidak menduduki peperiksaan RAE 1/2009 juga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis dan memberi sokongan kepada rakan-rakan lain.

Kepada rakan-rakan yang membaca blog ini. Tolong war-warkan kepada rakan-rakan yang lain. Mudah-mudahan semua rakan-rakan yang akan mengambil peperiksaan RAE 1/2009 ini lulus. Insyaallah....