Thursday, December 27, 2012

Rakan Komuniti Tamat Latihan...Tahniah

27 Dec






Rakan Lokalan Alam Damai Tamat Latihan

Kami komuniti ADARC mengucapkan tahniah kejayaan salah seorang sahabat kita Md Hafiz @ 9W2WWG kerana telah selamat dengan jayanya menamatkan Kusus Asas Ketenteraan selama 6 Bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA), Port Dickson pada 16 Disember 2012. Beliau kini akan meneruskan Kursus di Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) selama sebulan. Selamat menjalani Kursus dan selamat Menjalankan tanggungjawab kepada Agama, Bangsa Dan Negara. Kami rakan-rakan lokalan sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda.

P/s: dah habis kursus cuti2 mai la lepak ALAM DAMAI... Hehe..


Credit to 9W2JTM atas info yang diberikan.

SEMOGA BERJAYA...

27 Dec

Walaupun peperiksaan Radio Amatur RAE Siri-2 2012 telah selesai pada 19 Disember 2012, kami komuniti ADARC tetap ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon RAE Siri-2 2012. Komuniti ADARC sentiasa berbesar hati untuk membantu sesiapa sahaja calon-calon RAE yang memerlukan bantuan dan sebarang info berkenaan amatur untuk kami kongsikan bersama sebagai manfaat bersama di samping mengeratkan dan meluaskan lagi hubungan silaturahim antara komuniti dan calon-calon.


Calon cilik...adik Afif
 

Thursday, December 6, 2012

MARL ; NATIONAL FIELD DAY 2012

6 Dec



Komuniti Hams Radio Alam Damai (ADARC)  telah menyertai National Field Day 2012 yang berlangsung  selama 24 Jam. Program ini adalah untuk mengadakan satu latihan komunikasi ketika bencana alam (emergency disaster communication trial). Kepada rakan-rakan radio yang telah menyertai program ini di ucapkan tahniah atas sokongan dan semangat anda. Berikut adalah beberapa info sebagai rujukan anda sekalian.

Acara berlangsung selama 24 Jam
Pada 1 dan 2 Disember 2012 (sabtu dan ahad)
Bermula pada Jam 7.30pagi (sabtu) hingga 7.30Pagi (ahad)
Lokasi di kaki Gunung Nuang


Komuniti ADARC yang terlibat:-

Station Master :            9M2AIS
Asst. Station Master:   9M2AIR

Other Operator:          9W2GFA
                                     9W2YND
                                     9W2NMX
                                     9W2BXT
                                     9W2FJO
                                     9W2JTM
                                     9W2BKE
                                     9W2NSW
                                     9W2WPG
                                     9W2JNU
                                     9W2NDS
                                     SWL Faizz 

Alat dan kelengkapan yang digunakan sepanjang NFD2012:

1. HF Setup (10m & 40m) >                             Kenwood TS-480
                                                                              MFJ automatic tuner
                                                                              Yaesu FT-897D
                                                                              MFJ-945E antenna tuner
                                                                              2 element Yagi antenna 17' height
                                                                              Long wire antenna 10' height

2. VHF & UHF Setup (2m & 70cm band) >    Yaesu FT-817ND
                                                                             Motorola GP-328
                                                                             Slim Jim antenna 30' height


Senarai Base station yang terlibat sepanjang NFD 2012:

1.   9M2SM      - Portable Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis, Perlis.
2.   9M2AGC    - Kuala Kangsar, Perak.
3.   9M2SLJ     - Pak Lop, Perak.
4.   9M4CME    - Petaling Jaya, Taman Tasek.
5.   9M4CHE    - Kuala Kubu Bharu.
6.   9M2AIS     - Gunung Nuang.
7.   9M4CHF    - Kuala Kedah, Kedah.
8.   9M2ESM    - Pulau Besar, Melaka.
9.   9M2SJ       - Tamjung Puteri Resort, Pasir Gudang.
10. 9M2NM       - Pak Nordin, Tamjung Sepat, Kuantan.
11. 9M2RDX    - Temerloh, Pahang.
12. 9M2AVB    - Pulau duyung, Kuala Terengganu.
13. 9M2ZIP      - Pantai Sri Tujuh, Kelantan.
14. 9M2MSO   - Pulau Pinang.

     




Monday, October 29, 2012

OPS SAR DI GUNUNG NUANG

29 Oct

Pada 22hb Oktober 2012, beberapa rakan komuniti ADARC terlibat secara langsung dalam operasi menjejaki kehilangan seorang pendaki solo Faiz Wan Zahid ( 32 tahun) yang dilaporkan hilang setelah seharian mendaki pada Isnin petang dan kehilangannya telah disedari oleh rakannya sendiri.

Berdasarkan info pertama yang kami terima daripada salah seorang rakan komuniti iaitu 9W2NDS yang telah melaporkan tentang kehilangan tersebut kepada rakan komuniti seterusnya bertindak untuk menghubungi rakan komuniti lain untuk mendapatkan info berkaitan. Info demi info kami perolehi dari pihak-pihak berkenaan dan hasil kata putus dan perbincangan antara rakan komuniti, beberapa orang rakan iaitu 9M2BMX, 9W2NDS, 9W2WPG, 9M2AIR, 9M2AIS dan 9W2BXT bergegas ke tempat kejadian untuk menghulur bantuan secara sukarela.

Sekitar jam 11.00malam kami tiba di Balai Polis berdekatan untuk membuat laporan dan di rujuk kepada SM Akma selaku pegawai yang mengendalikan operasi ini. Selesai membuat laporan kami dan keluarga mangsa di arah untuk menunggu anggota JPAM sampai lebih kuang jam 12.09pagi dan terus bergerak ke kaki gunung nuang untuk operasi seterusnya.

Di lokasi, 9W2BXT selaku "command center" menjalankan tugas untuk menerima laporan dan info penting sepanjang operasi yang di pantau oleh pihak polis. Manakala 9W2MHJ membantu dengan monitor segala laporan dari base beliau dan menyampaikannya kepada rakan komuniti dan anggota JPAM menyusul tidak lama kemudian ke lokasi. Setelah berbincang, kami mengambil kata putus untuk bergerak ke Kem Lolo untuk menjejaki mangsa pada jam 2.00pagi dan tiba di lokasi jam 3.30pagi. Perjalanan dengan keadaan yang gelap dan trek yang agak sukar membuatkan kami lebih bersemangat untuk bergerak bersama dan sampai ke lokais dengan selamat. Tetapi mangsa masih tidak ditemui dan kami terus monitor setiap laporan dari masa ke semasa hingga jam 5.00pagi kami bergerak turun semula ke kaki gunung. Walaupun mangsa tidak berjaya kami temui, namun kami tetap bersemangat untuk berusaha sebaik mungkin dalam operasi ini.

Monday, October 22, 2012

UJIAN CW OKTOBER 2012

22 Oct



Pada hari ini 23/10/2012 berlangsungnya Ujian CW di SKMM Cyberjaya. Sehubungan dengan itu, rakan komuniti ADARC iaitu 9W2YND (Shark) sedang mengambil ujian tersebut pada hari ini. Kami dari warga ADARC47, mengucapkan semoga anda berjaya kelak.






Sunday, October 14, 2012

FAMILY DAY ADARC 2012...

14 Oct




ADARC dengan kerjasama dan rakan komuniti telah mengadakan majlis "Hari Keluarga ADARC 2012" pada masa dan tempat seperti berikut:

                           Tarikh:   30hb Jun 2012 - 01hb Julai 2012
                           Lokasi:  Mess Greysands PDRM Port Dickson


Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas untuk ahli komuniti ADARC dan keluarga masing-masing untuk memastikan program berjalan dengan lancar dan meninggalkan kesan serta kenangan yang terindah kepada setiap ahli komuniti ADARC.











Dengan adanya program tahunan sebegini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin di antara rakan komuniti agar ia terus berkekalan selamanya kerana komuniti ADARC bagaikan sebuah keluarga yang sentiasa bersama walau apa jua keadaan.

Kepada rakan komuniti ADARC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah di atas usaha dan kerjasama antara kalian untuk memastikan program ini di jalankan dengan sempurna.























Hasil Memancing

14 Oct

Tarikh : 13 Oktober 2012

Tempat: Rumah Rakit, Teluk Gong,

Ahli Komplot : JXR, MHJ, YND, PSU, XYX, ZOX.



Terima kasih kepada semua pemancing !



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Team Memancing Adarc ke Rumah Rakit, Teluk Gong, Port Klang

14 Oct

Sent by DiGi from my BlackBerry® cerdikphone

Tuesday, October 9, 2012

Ahli radio amatur jadi hero berkas penjenayah !

9 Oct



Ahli Persatuan Persatuan Radio Amatur Pahang Mohamad Norzam Abas, 43, menerima surat penghargaan daripada pihak polis kerana berjaya memberkas seorang penjenayah yang melarikan diri daripada tahanan polis. Laporan penuh daripada Utusan Malaysia.


9W2JXR

Radio amatur selamatkan nyawa lima pengunjung taman rekreasi

9 Oct



--
9W2JXR

Dunia Radio Amatur

9 Oct



--
9W2JXR

ADARC47 Happy Family

9 Oct

Majlis Silaturahim Keluarga Adarc47 Pada 30 Jun - 1 Julai Yang lalu.

Sent by Owner from my BlackBerry® smartPhone 3310

KUNJUNGAN RAKAN ADARC KE BASE 9W2VIZ

9 Oct

Rakan ADARC iaitu En Fauzi 9W2VIZ telah mendapat penempatan baru di perantauan. Beliau telah ditugaskan untuk berkhidmat di sana selama beberapa tahun. Sempena penghijrahan beliau, satu kunjungan dari rakan-rakan ADARC ke base beliau telah berlangsung. Kami dari ADARC47 mendoakan beliau selamat bertugas di perantauan.

Sent from wan zox BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila burung bebas berterbangan

9 Oct

9M2BMX dan 9W2JOB gembira bebas bak burung berterbangan. Saya gembira untuk anda.

Life Of An Amateur.

Di suatu Malam Ketika Eyeball..

9 Oct

Sent by Owner from my BlackBerry® smartPhone

Saturday, October 6, 2012

Eyeball Gelombang Merah

6 Oct

Mlm ni kita eyeball bersama gelombang merah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 3, 2012

Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri 02/2012

3 Oct

Diumumkan permohonan bagi menduduki "Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri 02/2012" telah di buka. Bagi yang ingin menduduki peperiksaan tersebut boleh merujuk kepada maklumat seperti di bawah:









Borang Permohonan