Thursday, June 23, 2011

ADARC47 | Aktiviti 4x4 Offroad Di Jerangkang

Tamat sudah satu lagi aktiviti rakan-rakan ADARC47 pada minggu lepas. Kesempatan cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk aktiviti yang berfaedah. Perjalanan ke Jerangkang dimulakan pada Sabtu 18 Jun 2011 lebih kurang jam 12.00pagi.

Sempat bergambar sebelum bertolak. Ketika tiba di Jerangkang suasana subuh dingin telah membangkitkan semangat untuk meredah laluan hutan Jerangkang untuk tiba di tapak perkhemahan.

Konvoi berhenti seketika untuk menikmati udara Jerangkang di subuh hari. Setelah tiba di tapak perkhemahan aktiviti pertama ialah mendirikan khemah.

Pada malam hari seperti kebiasaan diadakan aktiviti BBQ untuk semua yang terlibat. Makan memang tak pernah kurang ketika aktiviti ADARC47 ni.


Aktiviti yang seterusnya di malam hari ialah jelajah hutan. Ini adalah kelainan pada aktiviti kali ini. Jelajah hutan diadakan pada malam hari yang dinamakan "Jerangkang Nite Safari". Menarik, itu yang dapat dikatakan. Pelbagai pengalaman yang diperolehi.


Kepuasan, keseronokan, keletihan, kesyukuran... dan pelbagai lagi rasa yang dapat dizahirkan oleh setiap yang terlibat. Ucapan tahniah dan terima kasih yang dapat diucapkan kepada rakan-rakan ADARC yang terlibat serta 9W2DGA (abg Din Mega) and the geng, 9W2RIM (abg Amir) yang turut sama dalam jelajah kali ini.

Tanpa kalian semua aktiviti ini tidak akan berjaya. Jumpa lagi pada aktiviti yang mendatang. Tahniah ADARC47!

0 comments:

Post a Comment