Sunday, April 17, 2011

Selamat Menyambut Hari Radio Amatur Sedunia Yang Ke-86

Isnin, 18 April, adalah Hari Radio Amatur Sedunia dan tema untuk tahun ini adalah 'Radio Amatur: Rangkaian sosial pertama berasaskan teknologi'.

Dahulu sebelum zaman Internet dan telefon pintar, Pengendali Radio Amatur telah bercakap, menghantar pesanan dan berkongsi ilmu secara komunikasi selama beberapa dekad. Tapi tidak seperti perkhidmatan-perkhidmatan komersial, Radio Amatur terus menarik minat manusia di seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi antarabangsa secara percuma. Dan kerana tidak memerlukan infrastruktur pendukung utama, radio amatur boleh menjangkau kepada teman-teman di setiap pelusuk dunia, serta ke ruang angkasa.

Pengendali Radio Amatur telah menjadi pemimpin dalam membangunkan banyak keajaiban moden kini secara elektronik dan komunikasi. Hari ini, warga Bumi memikirkan telefon bimbit atau mudah alih "wireless" sebagai kemudahan di mana-mana. Namun teknologi ini hanyalah kemungkinan kerana perintis dalam teknologi radio yang pertama telah dieksplorasi oleh para pengendali radio amatur.

Banyak jurutera elektrik terkemuka berkongsi ilmu dari pengalaman praktikal mereka sebagai Pengendali Radio Amatur ketika mereka terus mengembangkan aplikasi pencampuran komputer dan radio. Ham radio operator mungkin "amatur" kerana mereka adalah sukarelawan yang tidak dibayar, tetapi kemahiran dan sumbangan terhadap dunia amat membanggakan.

Radio Amatur Sedunia merayakan Hari pengasas pada April 18, 1925 dari International Amateur Radio Union (IARU) dan ham di seluruh dunia akan berada di udara.

Dipetik daripada laman
QRZ.com

0 comments:

Post a Comment