Sunday, March 27, 2011

Perkhemahan Bersama Pengakap Kelana A


Pada tanggal 18/03/2011-20/03/2011 ADARC telah dijemput untuk sama-sama menjayakan satu program perkhemahan bersama Pengakap Kelana A daerah Semenyih. Tujuan ADARC berada disana adalah untuk memberi pendedahan berkenaan hobi Radio Amatur dan memberi sokongan komunikasi kepada penganjur dalam aktiviti kembara yang dijalankan.

Antara rakan ADARC yang berada dilokasi adalah 9W2CAE (Pak Lurah), 9W2BCT, 9W2XSJ, 9W2FJO, 9W2JTM, 9W2PJU, SWL JAMAL, 9M2AIS, 9W2BMX, 9W2GFA, 9W2SAQ dan 9M2AIR..tak lupa juga 9W2UWR dan 9W2WPG yang datang ke lokasi dengan berbasikal dari Alam Damai.

Jadual program yang diatur oleh penganjur memang padat dengan aktiviti, sesuai dengan identiti Pengakap itu sendiri. Antara program yang dijalankan ialah kembara malam, memasak cara hutan (backwood cooking), halangan komando, riadah dan ceramah pengisian rohani. ADARC telah menjadi satu daripada "stesen" yang popular dikalangan lebih 150 peserta dan AJK, dimana ahli ADARC di beri mandat untuk menandatangani setiap buku log ahli pengakap yang berkunjung ke khemah dan mengikuti taklimat komunikasi radio bagi melengkapkan kandungan log untuk mengambil lencana peserta.

Selain itu, ADARC juga turut memberi bantuan sokongan komunikasi untuk aktiviti kembara malam yang bermula jam 2200H hingga 0200H, dimana peserta dibawa menyusuri denai hutan sejauh 3km (+/-) secara berperingkat-peringkat tanpa menggunakan lampu suluh atau sebarang peralatan bercahaya. Beberapa stesen telah turut serta turun padang mengikuti peserta, tak kurang juga yang duduk dikhemah selaku radio command center bagi program tersebut telah sama-sama menjayakannya dengan cemerlang.

Tahniah buat semua dan terima kasih kami ucapkan kepada Pengakap, wakil daerah khususnya, guru-guru dan semua AJK yang terlibat diatas undangan. Semoga program Pengakap dengan kerjasama ADARC bertambah lagi dimasa akan datang.

"sekali ber-pengakap, selamanya Pengakap"

sekian de ADARC

0 comments:

Post a Comment