Friday, November 19, 2010

Jerangkung vs Jerangkang Siri II



Pada 5, 6 & 7 November yang lalu sebanyak 4 buah kenderaan pacuan empat roda bersama 13 orang telah mengadakan XPDC ke Hutan Lipur Jerangkang, Pahang. Sejak pukul 12 tengah malam rakan-rakan telah berkumpul sambil eyeball QSO di Restoran BRJ Alam Damai.

Tepat jam 2.30 pagi konvoi memulakan perjalanan ke rumah 9W2SAQ untuk mengambil beberapa keperluan yang perlu dibawa ke Jerangkang. Setelah semuanya selesai kami memulakan perjalanan pada jam 3.15 pagi. Sepanjang perjalanan pada pagi tersebut cuaca amat sejuk dan jalan berkabus di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

7.20 pagi konvoi sampai di pekan Sri Jaya. Kami membeli sarapan nasi lemak dan karipap untuk makan apabila sampai ke destinasi.

7.57 pagi konvoi telah pun memasuki jalan untuk ke Hutan Lipur Jerangkang, ada dikalangan kami yang baru pertama kali menjejakkan kaki disini. Jalan tidak berturap (offroad) sudah bermula. Tanah merah, bukit bukau, lopak, lubang, sungai , batu semuanya diredahi oleh konvoi.

Alhamdulillah tiada masalah besar yang dihadapi oleh konvoi dan kami selamat tiba di tapak perkhemahan pukul 9.30 pagi. Setelah mendirikan khemah aktiviti bebas bermula. Ada yang tidur, ada yang nak mandi, ada yang sibuk memasak dan ada juga yang sibuk mencari signal telefon.

Selama 3 hari 2 malam kami di Jerangkang, kami diterangkan serba sedikit tentang teknik pemanduan kenderan 4x4 dan peralatan yang selalu digunakan semasa offroad oleh 9W2BCT. Tima kasih Abang Aswadi, kalau nak pegi kursus pun duit jugak tu... hehehehehehe

Hutan Lipur Jerangkang memang menarik dan sesuai bawa keluarga bercuti disini. Tapi ada juga segelintir pengunjung yang tidak tahu menjaga kebersihan alam semula jadi sehinggakan kawasan tersebut bau busuk seperti bangkai. Kepada penggemar aktiviti lasak @ aktiviti luar, kami nasihatkan tolonglah bersihkan kawasan anda sebelum anda meninggalkannya. Janganlah buang perut ikan, kulit udang dan sebagainya sesuka hati.

Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan XPDC ini. 1 pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Atas sikap kerjasama dan saling bantu membantu semuanya berjalan lancar dan selamat sehinggalah semuanya selamat tiba ke rumah masing-masing.

Tahniah kepada semua yang terlibat 9M2AIR, 9W2BCT, 9W2FJO, 9W2XSS, 9W2BJT, 9W2CAE, 9W2TSE, 9W2UWR, 9W2SAQ, 9W2NDS, 9W2JTM, 9W2BKE & 9W2XSJ.

Jumpa lagi di XPDC akan datang.

73

0 comments:

Post a Comment