Pantun melayu ada berbunyi SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA MENCURI. Mesti anda tertanya-tanya kenapa artikel dikeluarkan. Sebenarnya artikel di keluarkan kerana ingin membantu rakan-rakan supaya tidak terkena tipu. Tambah-tambah lagi rakan yang baru lulus RAE atau pun yang baru berkecimpung dengan dunia Radio Amatur.
Ramai antara kita yang berniaga di alam cyber. Di mudah.my, facebook, lelong.com, e-bay dan bermacam-macam lagi website yang disediakan. Ada yang meniaga barang radio, meniaga GPS, meniaga kamera digital, meniaga handphone dan bermacam-macam lagi barangan.
Kami akui meniaga itu adalah jalan terbaik untuk menambahkan rezeki atau pun untuk hidup mewah. Tapi jangan la meniaga sampai tipu orang. Duit bayar barang takde. Tak ke naya tu....
Kita selalu war-warkan kepada kawan-kawan dan kaum keluarga kita. Bagus hobi radio amatur ni. Radio sangat berguna waktu kecemasan, waktu malapetaka dan waktu bencana alam. Selain dari itu kita mendapat ramai kawan-kawan dan nak mintak tolong pun senang.
Tapi apabila kita ingin membantu mereka (rakan radio) dengan rekomenkan ahli keluarga atau pun rakan-rakan kita supaya membeli barangan yang mereka jual diblog atau pun website mereka, lain pulak jadinya. Duit dah bayar beribu-ribu tapi barang tak dapat. Bila mintak ganti banyak pulak alasannya. Niat di hati nak tolong kawan tapi akhirnya lain pulak jadinya. Kawan@ahli keluarga hilang duit, kita dapat malu. Akhirnya bermasam muka, tak bertegur.
Kepada insan tersebut jangan sampai kami dedahkan identiti atau pun callsign anda. Kalau tidak dapat bayar sekali gus, bayar la ansur-ansur.
Kepada rakan-rakan dan peminat radio amatur semua berhati-hatilah berurusan dengan jual beli ni. Terutamanya yang jenis suruh bayar nanti dapat barang. Kalau tak nampak barang di hadapan mata, nasihat kami retikanlah niat anda untuk membeli. Walaupun dia bagi harga yang murah.
73