Monday, September 20, 2010

V40 = Calling Channel

Sejak akhir-akhir ini ramai yang mengadu seperti "semalam saya jumpa 1 kereta, ada callsign dan antena, bila hon dia pandang tapi bila panggil di V40 takde orang jawab".

Situasi begini sering kali kita hadapi. Mungkin ada beberapa sebab perkara begini berlaku. Suka kami ingatkan disini. Hobi ini kita hanya mendengar suara sahaja, kita tidak ketahui apa yang berlaku sebenarnya pada rakan kita. Jadi elok lah kalau kita bersangka baik selalu.

Dalam situasi diatas beberapa kemungkinan berlaku. Diantaranya:-

1) Yang memandu kenderaan tersebut bukan tuan empunya callsign.
2) Kenderaan tersebut tiada radio amatur di dalamnya.
3) Rakan tersebut sedang QSO di frekuensi lain.
4) Radio ada tapi frekuensi tiada.
5) Radio ada, callsign ada tapi tidak tahu apa fungsi V40 atau calling channel.

Ada dikalangan rakan amatur yang melekatkan frekuensi simplex yang selalu mereka gunakan di kenderaan masing-masing. Contohnya V47 (145.5875), tujuannya adalah mudah apabila ada rakan lain selisih atau pun mengekori dari belakang. Mereka boleh memanggil di frekuensi yang dipamerkan.

Tetapi jika sesebuah kenderaan itu tidak melekatkan apa-apa frekuensi di kenderaannya dan anda mahu berhubung dengan kenderaan tersebut. Bagaimana pula caranya??? Disini la pentingnya V40 (calling channel).

V40@calling channel ini digunakan untuk memanggil rakan. Contohnya apabila kita berselisih dengan mana-mana rakan amatur, gunakanlah V40 untuk memanggil rakan tersebut kemudian QSY ke frekuensi lain. Sepatutnya setiap radio operator sudah mengetahui kegunaan V40 ini.

Namun masih ada radio operator yang masih kabur dengan fungsinya. Ini kerana mungkin 1 pihak sahaja yang memanggil-manggil di V40 dan 1 pihak lagi masih buat tidak tahu walaupun rakan tadi telah bunyikan hon atau pun mengangkat tangan menunjukan tanda "V".

Jadi apa yang penting disini apabila berselisih di tengah jalan kedua-dua rakan hendaklah pergi ke V40 kemudian setelah mendapat response QSY lah ke mana-mana frekuensi simplex yang dirasakan sesuai.

73

6 comments:

Anonymous said...

Bagus post ni..nak tmbah sket, manusia ni pulak macam2 ragam dan jenis. Jadi jgn la amek hati kalau dah hon2 pun masih buat tak tau..atau ada yg terjumpa didaratan, p salam..muka mcm tak friendly.mcm tak suka je..kadang2 ada yg ambil callsign utk tujuan lain..meniaga, tu dpt elaun tambahan bekerja, ikut kawan, atau hanya ingin bercakap sesama ahli2 kelab masing2. jadi lah seorang operator yg berfikiran positif, radio anda punya, tekan PTT pun tgn anda sndiri, suara dan air liur pun sendiri punya..jadi masing2 ada hak individu. apa yg penting, kita buat apa yg patut, tidak terpengaruh dgn org lain dan tak melanggar peraturan. moga dunia radio amatur berkembang maju di masa akan datang

73 de 9M2AIR

9M2RIE said...

A very good info. Together, we share the information. What we eat and promote good and bad practices have made the border. adarv47 congratulations.

Anonymous said...

saya pun setuju dgn apa yg disaran di sini.
apa pun perlu kita bersangka baik dahulu jika selepas hon dan try to calling/CQ CQ.
Cuma di sini utk standby di calling channel, kelebihan kpd yg memiliki alat tranceiver dual-band.
senantiasa boleh standby jika sedang QSO pada frekuensi lain dlm masa yg sama.

info yg berguna. congratz guys.

Anonymous said...

saya pun setuju dgn apa yg disaran di sini.
apa pun perlu kita bersangka baik dahulu jika selepas hon dan try to calling/CQ CQ.
Cuma di sini utk standby di calling channel, kelebihan kpd yg memiliki alat tranceiver dual-band.
senantiasa boleh standby jika sedang QSO pada frekuensi lain dlm masa yg sama.

info yg berguna. congratz guys.

9w2net @ ari

skamals said...

penah gak 3,4 kali gune calling channel ni...ade gak rakan yang menyahut....

cam nak tanye jalan ke...
sile lah ke v40 untuk calling...
kalu ade yang monitor, insya allah dorang akan guide....

dan, kat sini lah pentingnye blog2..untuk saling ingat mengingat..info menginfo...
dalam kelas RAE pun boleh laa ditekankan info2 camni...

ceria ceria selalu...

73... =)

xyl WAX said...

hahahahah..sy pn pnh tkena...callsign y ada kt keta tu YM punyer..tbe² ada org hon² kt sy..rpe² dia nk ajk sy QSO..sy pn wt la isyarat bhw sy xde callsign lg..hahahahah!pe² pn, sy br nk bjinak² dgn amatur...tgu dftr callsign je...exam da lulus...

Post a Comment