Sunday, September 26, 2010

KELAS PERSEDIAN RAE 03/2010

26 Sep

Kelas RAE Kembali lagi!!!!!!!!!!!! kepada calon-calon yang bakal mengambil RAE pada 6/10/2010 dan berminat untuk mengambil kelas persediaan anjuran ASTRA WILAYAH TENGAH, sila hubungi - 9M2GTR (012-3109869) , 9W2AKY (012-3353253) , 9W2MSG (016-3859795)..

Tentative Date: Sabtu, 2/10/2010 atau Ahad 3/10/2010
Tentative Guru: 9M2GTR & 9M2AGC
Tentative place: Shah Alam or Subang Jaya
Tentative Fees: RM50.00 (Duit Tabung Repeter & Alat Tulis)

73

Melaka Historical Fox Hunt 26/09/2010

26 Sep

Melaka Historical Fox Hunt 26/09/2010

Event Date : 26/09/2010 (Sunday)
Registration : 7:30am-9:00am
Hunting Time : 9:30am-12:30pm
Hunt Result : 2:00pm
Starting Point : Menara Taming Sari

Purpose for the Event
This event is organized by M.A.R.C (Melaka Amateur Radio Community). It shall be a day for eyeball and getting together of Hams and SWLs. All are welcome to participate in this fun of hunting “Foxes”. For out-station participants, you can enjoy getting to know Melaka famous historical sites.

Hunting Tool & Requirement
Fox Hunter are requested to have their own hunting equipments and there are no limitation to the type of equipment used. But do consider the weight & portability of your equipment. Home brew equipments are encouraged to show the true spirit of Radio Amateur.

Mode of Transmission : A2A

Hunting Location
The venue is located in the heart of the Melaka historical city & the starting point is the "Menara Taming Sari". The hunting area is about 3KM radius from the starting point.

Participant registration
Registration fee is RM30.00 for those who register before 19/09/2010. After which it will be RM40.00 ,likewise the walk-in registrations.
The money is to be Bank-in & email or fax prove of bank slip, registration form can be done online here.

Fox Hunt Prizes
First Prize : RM300.00 + Gold Trophy
Second Prize: RM200.00 + Silver Trophy
Third Prize : RM100.00 + Bronze Trophy
Consolation Prize: Hampers / Goodies

Bank details for registration
UOB Bank A/C no : 385-6603982-5
Account name : Tan Ah Poh
Payment method: cash only, after which please email or fax your bank-in slip together with registration form to register@marc.server.net.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it or Fax no: 06-335 3250 .You must write down your full name and signature on the bank-in slip before sending. You should get a confirmation reply within 48 hours, if not please give a call to our treasurer Mr. D.S. Ng at 019-662 9990

For those using internet banking funds transfer, please capture the funds transfer-ed screen image & email it to us.

Fox Hunting Rules
1. Each individual or group participant are allowed to have ONE receiver and ONE set of antenna only.
2. No prompting among each group or individual is allowed because we want to have a fair competition for everyone to enjoy. Anyone caught cheating will be disqualified.
3. You will be given 3 hours for the hunt, so please observed the time limit. Latecomers will not be entertained.
4. Participants are supposed to find the “MARKER” and not the transmitters.
5. The MARKER consists of a flag sign and a small tag reader box.
6. The participants need to scan (Touch & Go) their ID Tag to the reader box, a BEEP sound indicate the hunter ID had been captured by the system and they may proceed to hunt the next available fox’s. If this is the final fox then your hunt had been completed and you must kept your ID Tag for prize declare verification. Please wait for the result announcement.

Accommodation & vehicle parking
Any outstation participant who require lodging service may try to contact below for arrangement. Please notice that we only provide reference for your convenient and we are not affiliate with any of them. You need to deal with them by your own. These hotel are located just a walking distance to the Fox Hunt starting point.

1) Hash house Hotel (N 02'11.365' E 102'14.729') Tel: 06-2922299
2) Fenix Inn Hotel (N 02'11.351' E 102.15.195') Tel: 06-2815510

For those who driving here, shall need to pay for parking fees. The all zone whole day parking rate of RM5.00 per coupon can be bought from our registration counter for your own convenient. If hourly rate parking preferred then just go to nearby shop outlet to purchase it.

Declaration & Indemnity
All participant are agreed not to hold the organizers responsible for any losses, injuries or mishaps that may happen to themselves or those accompanying with them during the event due to act of God or negligence.

Friday, September 24, 2010

5 dalam 1

24 Sep

Pada 25 September 2010 (Sabtu) akan diadakan majlis 5 dalam 1 di Semenyih. Apa yang dikatakan majlis 5 dalam 1 ini adalah, pada tarikh tersebut akan berlangsungnya 5 majlis di tempat yang sama.

Majlis yang akan berlangsung adalah seperti berikut:

Tarikh: 25 September 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00am - 12 tgh malam.
Tempat: 121 Taman Desa Anggerik, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.

1) Akikah anakanda 9W2PGE
2) Khatam Al-Quran
3) Majlis pertunangan 9W2CAE
4) Jamuan Hari Raya ADARC
5) Kenduri kesyukuran bagi rakan-rakan ADARC yang telah lulus RAE & Ujian CW.

Pada hari tersebut akan diadakan khatam Al-Quran, marhaban, berzanji, potong jambul & bacaan doa selamat.

Kepada mana-mana rakan yang berhajat untuk tumpang kenduri atau sedekahkan makanan atau wang ringgit. Anda bolehlah berhubung terus dengan 9W2CAE (Shahir) di 012-6647321 atau 9W2BMX (Man) di 019-2780329.

Mudah-mudahan rakan-rakan semua dapat meluangkan masa dan membantu untuk menjayakan majlis ini.

73

Monday, September 20, 2010

V40 = Calling Channel

20 Sep

Sejak akhir-akhir ini ramai yang mengadu seperti "semalam saya jumpa 1 kereta, ada callsign dan antena, bila hon dia pandang tapi bila panggil di V40 takde orang jawab".

Situasi begini sering kali kita hadapi. Mungkin ada beberapa sebab perkara begini berlaku. Suka kami ingatkan disini. Hobi ini kita hanya mendengar suara sahaja, kita tidak ketahui apa yang berlaku sebenarnya pada rakan kita. Jadi elok lah kalau kita bersangka baik selalu.

Dalam situasi diatas beberapa kemungkinan berlaku. Diantaranya:-

1) Yang memandu kenderaan tersebut bukan tuan empunya callsign.
2) Kenderaan tersebut tiada radio amatur di dalamnya.
3) Rakan tersebut sedang QSO di frekuensi lain.
4) Radio ada tapi frekuensi tiada.
5) Radio ada, callsign ada tapi tidak tahu apa fungsi V40 atau calling channel.

Ada dikalangan rakan amatur yang melekatkan frekuensi simplex yang selalu mereka gunakan di kenderaan masing-masing. Contohnya V47 (145.5875), tujuannya adalah mudah apabila ada rakan lain selisih atau pun mengekori dari belakang. Mereka boleh memanggil di frekuensi yang dipamerkan.

Tetapi jika sesebuah kenderaan itu tidak melekatkan apa-apa frekuensi di kenderaannya dan anda mahu berhubung dengan kenderaan tersebut. Bagaimana pula caranya??? Disini la pentingnya V40 (calling channel).

V40@calling channel ini digunakan untuk memanggil rakan. Contohnya apabila kita berselisih dengan mana-mana rakan amatur, gunakanlah V40 untuk memanggil rakan tersebut kemudian QSY ke frekuensi lain. Sepatutnya setiap radio operator sudah mengetahui kegunaan V40 ini.

Namun masih ada radio operator yang masih kabur dengan fungsinya. Ini kerana mungkin 1 pihak sahaja yang memanggil-manggil di V40 dan 1 pihak lagi masih buat tidak tahu walaupun rakan tadi telah bunyikan hon atau pun mengangkat tangan menunjukan tanda "V".

Jadi apa yang penting disini apabila berselisih di tengah jalan kedua-dua rakan hendaklah pergi ke V40 kemudian setelah mendapat response QSY lah ke mana-mana frekuensi simplex yang dirasakan sesuai.

73

Friday, September 17, 2010

Walimatulurus

17 Sep



ADARC telah menerima undangan ke majlis raja sehari 9W2AKY. Merujuk perkara diatas, semua rakan2 ADARC yang berkelapangan dan berkesempatan di jemput hadir ke majlis penuh bersejarah beliau. Berikut adalah butiran majlis tersebut:

Tarikh: Ahad, 19hb September 2010 / 10 Syawal 1431H

Tempat: No 3, Lot 3153, Taman Seri Negeri, Jalan Senawang-Paroi, 70450, Seremban, Negeri Sembilan, MALAYSIA

73 de ADARC

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah

5 Sep

Dengan ingatan tulus ikhlas Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Dikesempatan ini kami ingin memomohon ampun dan maaf sekiranya pihak ADARC ada terkasar bahasa, terlanjur kata dan sebagainya.

Kepada rakan-rakan yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut raya bersama keluarga. Berhati-hati di dalam pemanduan, semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali.

73

Saturday, September 4, 2010

Hari Keluarga ADARC10.10.10

4 Sep

Tarikh 10.10.10 telah di pilih dan di tempah oleh jawatankuasa Hari Keluarga ADARC. Pada tarikh tersebut mereka merancang untuk mengadakan Hari Keluarga ADARC 2010. Dengan pengumuman awal ini pihak jawatankuasa Hari Keluarga ADARC berharap rakan-rakan serta keluarga dapat meluangkan sedikit masa pada tarikh tersebut. Setakat ini masa yang dirancangkan adalah jam 3.00ptg hingga 7.00ptg.

Segala maklumat, perubahan ataupun perkembangan terkini akan di war-warkan melaui blog atau Facebook.

73

9W2MDY (Pengurus ASTRA Tengah) Terlibat Dengan Kemalangan

4 Sep

9W2MDY, 9W2DNO dan 9W2BGQ telah terlibat dalam 1 kemalangan jalan raya malam tadi sewaktu pulang dari majlis berbuka puasa di clubhouse ASTRA Tengah di Glenmarie Shah Alam.

Mereka bertiga telah dihantar ke Hospital Klang dan 9W2DNO bersama 9W2BGQ dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Manakala 9W2MDY mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah ditahan di wad.

Setakat berita ini ditulis keadaan 9W2MDY stabil dan beliau masih lagi boleh bercakap dan minum air.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

73

Eyeball QSO Sebelum Hari Raya

4 Sep

Satu majlis eyeball QSO sebelum hari raya akan diadakan di Restoran BRJ Alam Damai pada 5 September 2010 (Ahad) jam 9.30 malam.

Tujuan eyeball diadakan adalah bertujuan supaya dapat kita bermaaf maafan sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.

Semua rakan-rakan di jemput hadir jika mempunyai kelapangan.

73

Friday, September 3, 2010

Program Mesra Bersama 9M4RBC

3 Sep


Tarikh: 4/9/2010 (Sabtu)
Masa: Bermula 6:30pm
Tempat: Clubhouse ASTRA Wilayah Tengah
No 5A Jln. Pengeluaran U1/78, Batu 3 Light Industrial Park,
40150 Shah Alam Selangor


Aturcara:
7pm - 10pm : Berbuka, Solat Maghrib & Isyak, Terawih..
after 10pm : Eyeball

Konsep:
1) Potluck - Sila bawa juadah berbuka sekadar yang termampu. Air minuman disediakan.
2) Lite & easy.
3) Berkebajikan.

73

Thursday, September 2, 2010

Tahniah Kepada 9W2BJT & 9W2LMF

2 Sep

LULUS


GAGAL


LULUS

Alhamdulillah bertambah lagi 9M di Malaysia. 2 orang rakan dari Alam Damai Amateur Radio Community iaitu 9W2BJT (Bujat) dan 9W2LMF (Ben) telah berjaya melepasi halangan ujian CW dan mereka lulus.

Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) berasa amat bangga dengan keputusan yang telah dikeluarkan. Walaupun 3 orang wakil yang pergi namun 9W2BCT (Aswadi) telah kandas. Kami harap ini tidak mematahkan semangat anda abang Aswadi.

Semoga dengan pertambahan 9M di lokalan Alam Damai ini dapat menaikan semangat rakan-rakan lain untuk mengambil ujian CW di masa akan datang.

73