Tuesday, April 27, 2010

Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri 2/2010

27 Apr

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri ke 2 tahun 2010 sebagai memenuhui kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mei 2010 jam 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut sila klik dibawah ini:

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010

Borang Permohonan RAE/RAE Application Form

Monday, April 26, 2010

Rumah 9W2BMX & 9W2BMQ Dimasuki Pencuri

26 Apr

Pada 26 April 2010 jam 6.00 pagi 9W2BMQ iaitu XYL kepada 9W2BMX bangun dari tidur dan menyedari pintu rumah beliau terbuka dan keadaan di dalam rumah berselerak. Tanpa melenggahkan masa beliau mengejutkan suaminya 9W2BMX.

Selepas memeriksa di sekitar kawasan rumah dan di dalam rumah, beliau mendapati beberapa barangan berharga telah hilang seperti wang tunai, telefon bimbit, cermin mata okley, seutas jam tangan dan sebuah handy Yeasu VX3. Jumlah kerugian dianggarkan RM4+++.

Jika anda didatangi individu untuk menjual handy Yeasu VX3 (antena dah patah), sila hubungi 9W2BMX di V47 atau di 019-2260329/019-2780329.

ADARC ingin mengucapkan takziah di atas kecelakaan yang berlaku kepada keluarga anda dan berharap anda bersabar menempuh dugaan ini.

ADARC juga ingin mengingatkan rakan-rakan supaya jika lalu di hadapan rumah rakan-rakan yang lain, perhatikanlah keadaan rumah tersebut dan sekitarnya. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu mencegah jenayah di kawasan kita.

73

Thursday, April 15, 2010

RAE 1/2010

15 Apr

Pada 14/04/2010 RAE 1/2010 telah berlangsung di SACC Convention Centre Shah Alam. Seperti biasa ADARC menghantar 5 wakil SWL untuk RAE kali ini. Mudah-mudahan semuanya lulus.

Tidak lupa juga beberapa orang rakan yang pergi untuk memberi sokongan moral, diantaranya 9W2BMX, 9W2BMQ, 9W2GFA, 9W2NTT, 9W2NDS, 9W2JQQ & 9W2SAQ.

ADARC mengucapkan semoga berjaya kepada yang ambik peperiksaan radio amatur dan terima kasih juga kepada yang pergi memberi sokongan.

Di bawah ini ada beberapa keping gambar suasana di SACC semasa RAE sedang dijalankan.

73




Monday, April 12, 2010

Sambutan RTM 64 tahun - Larian Menara KL

12 Apr

Satu lagi aktiviti yang melibatkan ADARC47 pada minggu lepas (11/04/2010) adalah membantu dari segi komunikasi sempena Larian Menara Kuala Lumpur anjuran Kelab Rekriasi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Secara tidak langsung aktiviti ini memberi pendedahan kepada rakan-rakan ADARC47 dalam mengendalikan radio untuk sebarang acara atau majlis.

Jutaan terima kasih juga kepada RTM kerana memberi kepercayaan kepada ADARC untuk mengawal selia dan mengendalikan sistem komunikasi sepanjang program ini berlangsung.

Terima kasih kepada semua atas kerjasama anda....



73 de ADARC47

Ujian Pancaran dari BBSM HQ - 10/04/2010

12 Apr

Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 10 April 2010 telah berlangsung satu aktiviti bertempat di Bulan Sabit Merah Malaysia (Pusat), Jalan Nipah. Aktiviti ini adalah sebagai persediaan untuk simulasi bencana di Kedah pada 15-18 April ini. Setelah antena berjaya dinaikkan, ujian pancaran dilakukan dengan menggunakan frekuensi HF dan maklum balas positif dari 9M2GET yang berada di Perlis. Terima kasih kepada pihak ASTRA dan BSMM kerana telah memberi kesempatan kepada ADARC47 untuk terlibat sama dalam aktiviti ini.

Sunday, April 11, 2010

Aktiviti ADARC Sepanjang Mac 2010

11 Apr



Diatas adalah beberapa keping gambar yang sempat di ambil semasa rakan-rakan ADARC membuat beberapa aktiviti sepanjang bulan Mac 2010. Diantaranya adalah konvoi mengiringi pengantin dari Wangsa Maju ke Bandar Tun Hussein Onn dan bengkel antena di rumah 9W2JQQ.

Sunday, April 4, 2010

Sambutan 1 tahun ADARC47

4 Apr

Pada bulan ini genaplah setahun ADARC47 ditubuhkan. Berbekalkan kerjasama antara rakan-rakan radio amatur, ADARC47 masih berdiri teguh dan berkembang. Sempena meraikan ulang tahun pertama ADARC47, satu aktiviti santai bersama keluarga telah diadakan di kaki Gunung Nuang. Sambutan yang diterima amatlah menggalakan...terima kasih rakan-rakan yang sudi hadir bagi memeriahkan aktiviti ini. Kepada rakan-rakan yang tidak dapat untuk menghadirkan diri usah kecewa, insyaallah aktiviti akan datang masih ada...sekian dulu dari admin ADARC47...

73

Kecuaian SKMM Menyusahkan Orang Lain.

4 Apr



Akibat dari kecuaian pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia yang mempunyai kepakaran dan peralatan yang canggih telah mengakibatkan seorang rakan Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) terpaksa menukar callsign beliau dari 9W2BOX ke 9W2ZOX berkuat kuasa 2 April 2010.

Setelah hampir 2 tahun beliau menggunakan callsign 9W2BOX yang telah diluluskan oleh pihak SKMM, hanya pada baru-baru ni pihak SKMM menelefon beliau dan mengatakan 9W2BOX telah dimiliki oleh seseorang. Kenapa perlu tunggu 2 tahun SKMM???

Dimanakah kecekapan dan keprofesionalan SKMM??? Hanya setelah 2 tahun rakan ini menggunakan callsign 9W2BOX dan memancar di serata pelusuk tanah air baru pihak SKMM perasan callsign ini telah digunakan oleh orang lain. Persoalan yang timbul disini kenapa pihak SKMM meluluskan callsign ini kepada rakan ADARC ini pada tahun 2008? Kenapa hanya telefon untuk menyuruh tukar callsign, tak boleh kah bagi surat rasmi?? Database SKMM tak pernah update ker??

Cuba anda banyangkan jika anda berada ditempat rakan kita itu, apa perasaan anda?? Pihak lain yang cuai tapi kita yang tanggung susah. Email telah dibuat menggunakan callsign, QSL kad telah dibuat, kad nama telah dibuat, stiker callsign di kereta nak kena tukar, baju yang telah dijahit dengan callsign nak kena buat balik, echolink nak kena daftar lagi sekali, qrz.com nak kena daftar lagi sekali, mycallsign.com nak kena daftar lagi sekali dan yang paling ketara ramai rakan yang telah mengenali kita dengan callsign yang lama (kena kontek perdana semula). Ini semua akan melibatkan kos, masa dan tenaga (kalau SKMM bayar ganti rugi takpe la jugak).

Apabila ditanya dengan pihak SKMM kenapa perkara ini berlaku, jawapan yang diberi "maaf kesilapan teknikal, pihak kami baru update database". "Anda dikehendaki menukar callsign anda dan pihak kami berhak menarik callsign anda". "Callsign kelas B adalah sementara, nanti dah upgrade ke kelas A anda boleh ambik semula callsign anda jika tiada orang menggunakannya". Jawapan yang tidak boleh diterima akal langsung. Kenapa nak tunggu 2 tahun baru nak update database callsign??? Kalau 2 minggu atau 2 bulan mungkin boleh terima lagi, tapi kalau sampai 2 tahun kakitangan SKMM tak buat kerja ker?? Dimana intergriti pihak SKMM??

SKMM oh SKMM...............

Bantulah kami bukan menyusahkan kami....

73

Apa Bezanya Akta, Peraturan Dan Garis Panduan

4 Apr

9M ATAU NINE MIKE - 9W ATAU NINE WISKEY????



(Petikan catatan 9M2AU)

Baru-baru ini saya terdengar perkara ini dibahaskan.... ada pula seseorang di tegur kerana tidak menggunakan callsign dengan betul... perkara ini telah berlaku seingat penulis pada tahun 2003 penulis sendiri pernah di tegur berkaitan perkara ini pada tahun 2003. Penulis terpanggil untuk memberi sedikit penerangan berkaitan perkara ini. Mungkin ada setengah antara kita menyifatkan perkara ini remeh temeh. Akan tetapi perkara yang sekecil ini kita tidak mamahami bagaimana kita melangkah kepada yang besar-besar.

Diawal tahun 80an... 90an perkara ini tidak pernah dibahaskan.... mengapa? Kerana apa yang penulis tahu mungkin pada masa lalu ham di negara kita tidak ramai dan mereka semua sibuk qso di DX band dan kebanyakan ham di Malaysia hanya qso sesama mereka di 40M band dari utara hinggalah ke selatan dan mereka pula kebanyakannya berbincang mengenai teknikal berkaitan Ham Radio, boleh dikatakan kebanyakan dari mereka berilmu pengetahuan. Dan minda mereka amat luas kerana banyak pendedahan qso di HF.

Disini penulis tidaklah berniat untuk memperagungkan HF atau memperkecilkan penggunaan 2 meter, apa yang hendak dijelaskan disini ialah kenapa perkara ini wujud pada hari ini dan bagaimana memperbaikinya. Perlu ada penjelasan.......

Cuba kita lihat sendiri CMA 1998 (Communication Multimedia Act 1998) Peraturan Guide Lines for Amateur Radio. Apakah perbezaan Regulation dan Guide Lines atau dalam bahasa melayu membawa maksud Garis Panduan, maaf saya bukan pandai sangat berbahasa, namun saya cuba terangkan di dalam bahasa yang agak ringkas dan mudah di fahami. Menurut kata beberapa orang Ham yang baru beberapa tahun memiliki AA mereka berkata didalam garis panduan mengatakan Callsign harus disebut dengan menggunakan full Pheonetic dan tidak boleh menyebut selain dari phonetic. Memang benar jika kita buka Guide Line berkenaan ada menyebut perkara ini.

Sekarang mari kita buka buku ARRL Handbook, RSGB Hand Book, tidak ada tersebut di mana-mana yang mengatakan kita harus menggunakan Phonetic untuk menyebut callsign contohnya untuk huruf A kita kena sebut Alpha, akan tetapi di HF kebanyakannya menggunakan America, Atlantic dan sebagainya sementara untuk huruf "O" Oscar pula disebut Ontario atau Ocean. Menurut sebuah buku Operating Manual terbitan RSGB menyatakan..................................

Mungkin ada yang mengatakan ini Malaysia kita ada undang-undang tersendiri dan garis panduan sendiri memang benar akan tetapi Amateur Radio ini Global. Bolehkah kita menegur mereka-mereka ini dengan mengatakan anda tidak boleh gunakan perkataan Ontario untuk huruf O....mungkin mereka akan tertawakan kita jika kita bersifat demikian.

Kita harus melihat dari pandangan yang luas dan kita harus membuat banyak rujukan dan perbandingan satelah memahaminya barulah kita boleh menjelaskannya dengan baik. Dan kita pula perlu berhati-hati dalam memberi teguran, penulis tidak mengatakan ianya salah namun cuba kita fahami apa yang dimaksudkan dengan Garis Panduan, Akta dan Peraturan?

Kita ambil satu contoh 9M2ANO hanya menyebut dirinya 9M2ANO dan station yang satu lagi memahami callsign yang disebut adalah 9M2ANO. Beliau tidak menggunakan Nine Mike Two Alpha November Oscar. Cuba kita lihat dari segi perundangan adakah ianya menyalahi undang-undang jika sekiranya ianya tidak menggunakan phonetic bolehkah pihak berkuasa mendakwa operator berkenaan di mahkamah? Apakah pihak pendakwa boleh membawa kes ini ke mahkamah dengan berpandukan Garis Panduan? Seperti yang penulis sebutkan tadi kita harus memahami apa yang dimaksudkan dengan Akta, Peraturan dan Garis Panduan ..............bersambung.

73

Migration of Callsign of Brunei

4 Apr

MIGRATION OF AMATEUR RADIO CALLSIGNS V88 TO V85 AND OPENING OF TWO-CHARACTER CALLSIGNS

The Authority for Info-communications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI), a statutory body which licenses, regulates and develops Brunei Darussalam’s telecommunications industry. From March 2007, the E-government Technical Authority Body (EGTAB) was formed under AITI to function as the e-Government think tank.

AITI would like to inform that:
  1. All existing advanced amateur radio callsigns, V88, will be replaced with new Callsigns, V85. Example: V88ZZZ to V85ZZZ, where ZZZ is any combination character from AAA to ZZZ.
  2. Two-character callsigns are now opened for both advanced and standard licenced holders. Terms and conditions apply.