Monday, March 1, 2010

Bengkel Antena Alam Damai Amateur Radio Community



Pada 28 Febuari 2010 satu sejarah telah berlaku di lokalan Alam Damai, Cheras. 9W2JQQ secara rasminya telah membenarkan rakan-rakan HAM khasnya dari lokalan Alam Damai (V47) menggunakan bengkel di belakang rumah beliau untuk membuat antena atau sebarang aktiviti terutamanya aktiviti berkaitan dengan radio amatur.

Hampir 35 stesen telah hadir pada hari Ahad yang lalu, tanpa mengira darjat mahupun dari kelab mana suasana amat meriah apabila dapat berhimpun dan bertukar-tukar pendapat dan ilmu pengetahuan. Ada yang mengambil peluang untuk membuat base antena, setting rig, check SWR, mencuba set HF dan memancing hehehehe.....

Terima kasih kami ucapkan kepada 9W2JQQ di atas kebenaran menggunakan bengkel anda. dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang hadir terdiri dari SWL, PRADAS, SCS, REDAH, 9W dan 9M.

Dikesempatan saya ingin berpesan kepada rakan-rakan termasuk diri saya sendiri gunakan lah kesempatan yang ada ini secara berhemah untuk menafaat kita bersama.

73

2 comments:

Anonymous said...

tahniah to all rakan v47, esp. pak razif

V47 said...

Terima kasih bang kerana memberi sokongan kepada kami.

Post a Comment