Monday, January 18, 2010

9W2YSF Mengalami Kemalangan



9W2YSF (Yusof) telah mengalami satu kemalangan kecil di Balakong sewaktu beliau menunggang motorsikal untuk mengambil XYLnya pulang dari tempat kerja. Beliau telah mengalami beberapa luka kecil di bahagian lutut dan tangan. Bagaimana pun doktor mengesyaki tulang hidung beliau telah retak atau patah.

Beberapa orang rakan yang memantau di frekuensi V47 telah dapat berita ini lebih awal dan pergi ke rumah beliau untuk menziarahi. Antara rakan-rakan yang hadir adalah 9W2UWR, 9W2NDS, 9W2MHJ, 9W2KJG, 9W2BMX, SWL Shah & SWL Ibrahim.

Terima kasih juga kepada 9W2JQQ dan 9W2BCT kerana mengambil berat tentang keadaan rakan-rakan lokalan walaupun sekadar dapat QSO di udara untuk bertanya kan khabar 9W2YSF.

Kepada Pak Ucop berhati-hati menunggang motor selepas ini dan kami doakan semoga anda cepat sembuh. Moral of the story jangan jadi mat rempit macam Pak Ucop. Hehehehehe

73

0 comments:

Post a Comment