Sunday, September 20, 2009

Takziah



Assalamualaikum,

ADARC47 ingin mengucapkan takziah kepada 9W2XSV/PR-MUD - Mamat@Khairil Idzuan, di atas kembalinya ibunda tercinta beliau ke rahmatullah pada 20/09/09 bersamaan 1 Syawal jam 11:36 malam. Jenazah akan dikebumikan sekitar jam 10-11 pagi pada 21/09/09 (2 Syawal) di tanah perkuburan kampung halaman beliau di Alor Gajah, Melaka.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan HAM's khasnya di Melaka yang hadir memberi pertolongan, bantuan serta menguruskan jenazah dari membawa keluar dari hospital sehinggalah selamat dikebumikan diantaranya ialah 9W2JJO, 9W2MOD, 9W2NTT, 9W2UWR, 9W2CAE, 9W2PGE, 9W2BMX, 9W2WPG, 9W2JDD, 9W2DGA, 9W2EJA, 9W2IMI, 9W2KPD, 9W2RZT, 9W2VLL & 9W2KKD.

Dikesempatan ini ADARC47 juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut membantu secara langsung mahu pun tidak langsung dan yang mengucapkan takziah. Sama-samalah kita mendoakan semoga roh ibunda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman, amin.

Al-Fatihah...

Sekian,

73.


p/s: repeater lagu ditutup buat sementara waktu.

1 comments:

skamals said...

salam takziah mat....
semoga rohnye ditempatkan di kalangan org org yang beriman...insya allah...

Al Fatihah...

Post a Comment