Monday, September 28, 2009

Majlis Tahlil dan Jamuan Hari Raya 9W2SRK

28 Sep

9W2SRK / PR-RQ Rosli@Lee Bangi menjemput semua rakan-rakan sekeluarga menghadiri majlis tahlil dan jamuan hari raya di kediaman/pejabat beliau. Kehadiran rakan-rakan akan memeriahkan lagi majlis.

Tarikh: 10/10/09
Masa: Tahlil - lepas Zuhur dan Jamuan Hari Raya - selepas tahlil hingga malam
Tempat: No. 12 Jalan 8/32C, Sesyen 8, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor darul Ehsan



Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi 9W2SRK/PR-RQ (Rosli) di talian 012-2026024 / 019-3050229

Friday, September 25, 2009

Tahlil

25 Sep

Salam

Mamat 9W2XSV akan mengadakan majlis tahlil sempena pemergian bondanya ke rahmatullah pada malam 1 Syawal yang lalu bertempat di kediaman keluarga beliau di Alam Damai. ADARC47 menjemput rakan-rakan hadir sekeluarga bagi meramaikan majlis. Kenduri akan diadakan secara gotong-royong, oleh itu segala kerjasama dari rakan-rakan amatlah dihargai.

Tarikh: 27/09/09
Masa: Selepas solat Isyak
Tempat: Damai Murni, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur
Calling channel: V47 (145.5875MHz) & V40 (145.500MHz)

73

Sunday, September 20, 2009

Takziah

20 Sep



Assalamualaikum,

ADARC47 ingin mengucapkan takziah kepada 9W2XSV/PR-MUD - Mamat@Khairil Idzuan, di atas kembalinya ibunda tercinta beliau ke rahmatullah pada 20/09/09 bersamaan 1 Syawal jam 11:36 malam. Jenazah akan dikebumikan sekitar jam 10-11 pagi pada 21/09/09 (2 Syawal) di tanah perkuburan kampung halaman beliau di Alor Gajah, Melaka.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan HAM's khasnya di Melaka yang hadir memberi pertolongan, bantuan serta menguruskan jenazah dari membawa keluar dari hospital sehinggalah selamat dikebumikan diantaranya ialah 9W2JJO, 9W2MOD, 9W2NTT, 9W2UWR, 9W2CAE, 9W2PGE, 9W2BMX, 9W2WPG, 9W2JDD, 9W2DGA, 9W2EJA, 9W2IMI, 9W2KPD, 9W2RZT, 9W2VLL & 9W2KKD.

Dikesempatan ini ADARC47 juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut membantu secara langsung mahu pun tidak langsung dan yang mengucapkan takziah. Sama-samalah kita mendoakan semoga roh ibunda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman, amin.

Al-Fatihah...

Sekian,

73.


p/s: repeater lagu ditutup buat sementara waktu.

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfithri 1430H

19 Sep


Assalamualaikum,

ADARC47 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pengunjung blog ini serta seluruh umat Islam. Jika ada tersalah kata, tersilap laku harap dimaafkan. Semoga lebaran kali ini dapat mengeratkan silatulrahim sesama kita serta dapat mendekatkan tali persaudaraan antara kita. Sekian.

73

Thursday, September 17, 2009

Pembatalan Majlis Berbuka Puasa ADARC47

17 Sep

Disini ADARC47 menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan lokalan kerana tidak dapat membuat majlis berbuka puasa yang telah kita rancangkan dahulu.

Disebabkan tiada tempat yang menawarkan harga yang sesuai dan kesibukan rakan-rakan semua, majlis berbuka puasa untuk tahun ini telah pun dibatalkan.

InsyaAllah, jika ada umur yang panjang ADARC47 akan cuba sekali lagi pada tahun depan untuk buat satu majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan HAM's.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

73

Sejarah Telah Membuktikan

17 Sep

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Notis RAE 2/2009 telah pun keluar pada 17.09.09. Jadi marilah kita sama-sama membantu rakan-rakan yang berminat untuk mengambil RAE 2/2009.

Sejarah telah membuktikan, membaca, study group, bertukar-tukar nota dan contoh soalan, membincangkan soalan-soalan lama, perbincangan di frekuensi dan menghadiri kelas adalah petua atau tips untuk lulus RAE.

ADARC47 sendiri telah melahirkan 20 HAM's dengan mengikuti tips-tips diatas diantaranya:-

RAE 2/2008
1) 9W2WPG
2) 9W2UWR
3) 9W2NTT
4) 9W2TBC
5) 9W2CAE
6) 9W2XSS
7) 9W2XMO
8) 9W2XSQ

RAE 1/2009
1) 9W2YSF
2) 9W2NDS
3) 9W2BMQ
4) 9W2SAQ
5) 9W2FJO
6) 9W2YUP
7) 9W2CYH
8) 9W2PGQ
10)9W2JXR
11)9W2WNS
12)SWL Kamal (belum ambik callsign)

ADARC47 berharap pada RAE 2/2009 lebih ramai lagi SWL yang akan lulus. Kepada yang pernah ambik RAE tetapi kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi, insyaAllah kami sedia membantu anda semua.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari Wilayah V17 yang tidak pernah berputus asa mendidik, memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada kami selama ini. Jasa anda semua tidak akan kami lupakan.

73

Notis RAE 2/2009

17 Sep

Notis RAE 2/2009 telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mengambil RAE 2/2009 boleh la dapatkan maklumat lanjut di www.skmm.gov.my.

Kunjungan Balas Eyeball V47 Ke Lokalan V69

17 Sep

Dari kiri 9W2WDH, 9W2JBD, 9W2YUP, 9W2KIF, 9W2TKI, 9W2MOD & 9W2POK

XYL & harmonik 9W2PGQ

Dari kiri 9W2SAQ, 9W2JXR, 9W2BJT & 9W2PIT

Suasana eyeball di Ayam Dara Taman Melati Gombak.

Dari kiri 9W2HXH, 9W2JQQ &9W2CYH

Dari kanan PRBY, 9W2POK, 9W2TKI, 9W2JBD &9W2WDH

Dari kiri 9W2SAQ, SWL ARI, 9W2JXR, 9W2BJT & 9W2PIT

Dari kiri 9W2MOD, 9W2TOZ, 9W2OOA & 9W2YSF

Dari kiri 9W2TBC, 9W2NDS, 9W2BMX, SWL ARI & 9W2SAQ

Berdiri dibelakang SWL ARI & 9W2YUP
Duduk dari kiri 9W2TOZ, 9W2OOA, 9W2YSF, 9W2PGQ, 9W2TBC & baju belang 9W2JQQ

Pada 13.09.09, rakan-rakan dari lokalan Alam Damai (V47) telah membuat satu kunjungan balas eyeball ke lokalan sarang burung (V69). Lebih kurang jam 9.45 malam, 10 buah kereta telah bergerak dari Alam Damai melalui MRR2 ke Ayam Dara Taman Melati Gombak.

Alhamdulillah, rakan-rakan selamat sampai ke Ayam Dara tanpa mengalami sebarang masalah dan di sambut meriah oleh rakan-rakan V69 yang diketuai oleh 9W2TKI. Meriah sungguh keadaan pada masa itu dan lebih kurang 35 station yang hadir.

ADARC47 mengucapkan jutaan terima kasih kepada V69 dengan sambutan yang amat meriah dan kami berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Dikesempatan ini juga ADARC47 ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan lokalan sarang burung yang telah lulus RAE 1/2009 baru-baru ini dan sama-sama la kita membantu rakan-rakan yang lain untuk RAE 2/2009 pula.

Jumpa dan jumpa lagi....

73

Monday, September 14, 2009

SEMANGAT YANG TINGGI

14 Sep

Salam Ramadhan...

Jika direnung gambar mereka yang mengusung harmonik ke KLIA dalam bulan Ramadhan ini telah menunjukkan semangat yang tinggi dalam usaha merapatkan jurang dan ukhuwah diantara sesama rakan HAM tanpa mengira usul dan salasilah.

Jika direnung kembali sikap dan kekuatan kita masing-masing adakah kita mampu atau terpikir untuk berbuat sedemikian. Maka adalah diharapkan semangat juang dan usaha murni ini dapat diteruskan sehingga ke akhirnya...

Sekian, terima kasih.

AKRAB DI DARATAN, MESRA DI UDARA

Monday, September 7, 2009

V89NIZ @ V47

7 Sep

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 07 September 2009 merupakan detik yang bersejarah bagi rakan-rakan lokalan V47 Alam Damai. V89NIZ portable 9M2, begitulah callsign yang tercatat ketika rakan-rakan sedang QSO di V47. 9W2BMX, 9W2WPG dan 9W2JXR adalah rakan-rakan yang bertuah kerana dapat QSO bersama V89NIZ, Nasran Haji Bachee yang berasal dari Negara Brunei Darul Salam. Pertemuan di udara telah menaikkan semangat rakan-rakan untuk bertemu di daratan bersama V89NIZ.

Setelah berbincang bersama Pak Nasran, pertemuan diatur di KLIA. Rentitan itu, konvoi 3 buah kereta 9W2WPG (XYL & harmonik), 9W2BMX, 9W2BMQ serta harmonik dan 9W2FJO bergerak ke KLIA selepas berbuka di Dengkil.

Setiba di KLIA, berita yang agak menyedihkan diterima, V89NIZ telah pun melepasi pemeriksaan Imigresen. Namun setelah pelbagai cara diikhtiar akhirnya dapat jugak bertemu dengan Pak Nasran, V89NIZ. Sempat juga V47 memberikan buah tangan untuk di bawa pulang ke Brunei Darul Salam.

Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan di KLIA bersama V89NIZ...

Selamat tinggal Malaysia

Gembira dapat bertemu..dari kiri 9W2WPG, V89NIZ, 9W2BMX, 9W2FJO.

Semangat HAM membara, dari kiri 9W2WPG, V89NIZ, 9W2BMX

Berjalan pulang selepas berjumpa Pak Nasran


Harmonik 9W2BMX sampai tido terlentok...

73

de ADARC47

Eyeball bersama rakan - rakan lokalan V69

7 Sep

Pada 5 September 2009, Sabtu telah berlangsung eyeball muhibah antara rakan lokalan V69 dan ADARC47. Kunjungan rakan V69 yang tiba di Restoran BRJ telah disambut oleh rakan-rakan lokalan V47. Adalah diharap dengan kunjungan muhibah ini dapat mengeratkan silaturahim rakan - rakan HAM disamping dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Berikut adalah gambar - gambar yang sempat diambil semasa eyeball....

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan sebab guna kamera handphone.


Rakan-rakan v47 and v69 di BRJ
9W2TKI & XYL, PR-ZAK
PR-ZAK, 9W2HXH, 9W2FJO (bertopi belakang), rakan SWL
9W2TOQ, 9W2TKI
9W2MFI, 9W2WPG, harmonic 9W2TKI asyik berborak
PR-AMI & PR-ISY sama gagah
PR-GW, 9W2HNF dan 9W2OOA ceria setelah lama tak ketemu
Berborak sakan
Rakan-rakan SWL
9W2BMX, rakan SWL dan 9W2TBC

Sunday, September 6, 2009

Sebutan '73'

6 Sep

Kesimpulan yang boleh dibuat dari poll/undi yang lepas, sebutan sebenar bagi '73' dalam komunikasi radio amatur ialah 'tujuh tiga' atau 'seven three'. '73' membawa maksud best regards.

untuk maklumat lanjut sila ke
http://www.ac6v.com/73.htm

Wednesday, September 2, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakan-Rakan SPHam

2 Sep

Portable antena yang dinaikkan di Sek. Men. Keb. Sg. Layar

Para XYL mengambil juadah untuk berbuka


Rakan-rakan mengambil juadah untuk berbuka


9M2MZ Paklong Marzuki memberi kata-kata nasihat kepada rakan HAM yang baru lulus RAE


Tahlil dan doa selamat


Menu utama nasi tomato


Lebih dari 100 orang yang hadir


Rrakan-rakan dari seluruh pelusuk negeri Kedah yang hadir pada majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar


Ramai gak XYL yang hadir dan turut memberi sokongan


Ramai otai-otai rakan Sg. Petani ni.


Sambil eyeball sambil cari rezeki


Tahlil untuk 9W2KII yang meninggal akibat kemalangan jalan raya


Suasana di meja pendaftaran


Beli bang jangan tak beli....

Pada 30.08.09 tempoh hari SPHam telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar Sungai Petani. Ramai juga HAM yang hadir, rasa-rasanya melebihi 150 station la.

Tahlil juga diadakan sekali sempena dengan pemergian 9W2KII kerahmahtullah akibat kemalangan jalan raya serta doa selamat dan kesyukuran untuk rakan-rakan yang lulus RAE 1/2009.

Kebetulan saya berada di kampung jadi dapatlah saya menghadirkan diri dan ber-eyeball dengan rakan-rakan disana. Kepada semua rakan-rakan ADARC47, jika anda pergi ke utara janganlah sengan dan silu untuk memancar di 9M4LGJ. Frekuensi 146.950, downlink -0.600, tone 85.4.

73