Saturday, May 16, 2009

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

Baru-baru ini ada beberapa 9W's bertanya kepada saya mana yang betul setengah cakap begini setengah cakap begitu mana kita nak ikut? Contohnya perkataan "PANCARULANG" yang digunakan oleh sebahagian dari radio amatur pada hari ini.

Jawapannya mudah jika kita rujuk kepada Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 tidak ada perkataan "PANCARULANG" yang ada didalam Akta berkenaan hanyalah perkataan "PENGULANG" puas saya mencari didalam AKTA Komunikasi Dan Multimedia 1998 (AKTA558) dan juga dalam Peraturan Komunikasi Dan Multimedia namun saya tidak terjumpa pun perkataan "PANCARULANG". Cuba kita lihat dari sudut bahasa. Perkataan "REPEATER" jika dialih bahasa kepada Bahasa Malaysia akan berbunyi "PENGULANG".

Apakah yang dimaksudkan dengan "PANCARULANG"? Mungkin bahasa yang digunakan oleh Indonesia itu betul dalam bahasa mereka dan tidak tepat kalau kita gunakan disini. "UPLINK" dan "DOWNLINK" istilah ini hanya digunakan untuk Satellite sahaja. Tapi bukan digunakan untuk "pengulang" .Untuk pengulang ("repeater") istilah yang guna pakai ialah "Repeater Input" dan "Repeater Output". Jadi pergunakan istilah yang tepat. "JELOPPY" Ini adalah perkataan yang sebenar nya. Kita pernah mendengar rakan-rakan diudara menyebut cheelopi......cherokee...dll. "Salt mine" Ini adalah perkataan yang sebenarnya.

Kita pernah mendengar rakan-rakan menyebut Short mine..... soft mine .....dll QRX... QRT. Q code hanya diguna pakai untuk komunikasi kod morse walau bagaimanapun hari ini banyak diantara ham menggunakan QRZ? QTH? QSY? QRU? QRX... QRT dsb. berqso dalam "phone". Pernah juga kita mendengar seseorang yang ingin berhenti dari bercakap dengan si A menyebut.......""Ok lah bang saya ada kerja sikit ni ....walaubagaimanapun set saya akan "ON" so jumpa lagi 73 QRX."

Apakah yang dimaksudkan dengan QRX? Jika kita semak kembali QRX bermaksud "Standby" dan kena beri masa contohnya ...QRX 5 min.... dan setelah itu anda perlu masuk kembali dan sambung perbualan. Setelah saya selidiki mengapa ada diantara ham apabila nak "Sign Off" dari udara menggunakan QRX mereka berkata kita tak tutup "Transceiver" kita. Transceiver kita masih lagi "ON". Kecuali kalau kita "OFF" kan transceiver kita barulah kita sebut QRT...kita masih standby dan monitor di frequency....."PERLU DIINGAT DISINI Q CODE "QRT" BUKANLAH BERMAKSUD MENUTUP (OFF) ALAT TRANSCEIVER KITA...IA MEMBAWA MAKSUD "END OF TRANSMISSION" atau "STOP SENDING" DGN STATION yang lain.

Oleh yang demikian bila kita mahu sign OFF dengan mana-mana station sign off aje lah sebut aje 73 jumpa lagi. Kalau nak guna Q Code guna lah "QRT" bukan nya "QRX

0 comments:

Post a Comment