Sunday, May 24, 2009

Apa Itu APRS?

24 May

Hai hai hai

Apa itu APRS? Automatik Position Report System. APRS ini ada banyak gate, salah satu yang paling mudah digunakan ialah IGate (Internet Gate) base on internet user. SGate base on Satelit User dan Radio Gate (Tak ingat gate apa utk mode ini). Semua gate2 tu boleh berhubung antara satu sama lain. Kalau ada terdapat Digipiter, org yang tak ada internet pun boleh menggunakan APRS.

Jika kita hantar becon kita ke APRS sama ada melalui Igate dan Sgate, maka QTH anda akan muncul dipeta APRS. Data dan maklumat yang kita hantar merupakan msg aprs, lokasi dan status station. Sama ada base VHF, UHF, HF, Towel, Parabola dan lain2 lagi.

Program or software APRS yg biasa digunakan adalah UI-View (www.ui-view.org). Siapa yang boleh guna APRS? All Ham Radio boleh menggunakan APRS janji ada peralatan yang mencukupi. Selain boleh tengok lokasi dan objek2 dlm APRS, station yang aktif boleh juga menghantar msg dan email melalui APRS walaupun user tersebut tidak mempunyai sambungan internet.

Sila tinggalkan sebarang komen untuk topik ini, saya pun tak tau nak start kat mana untuk memperkenalkan APRS ini kepada rakan2 semua.

Apa Itu Echolink?

24 May

Memperkenalkan Echolink

EchoLink ® software allows licensed Amateur Radio stations to communicate with one another over the Internet, using voice-over-IP (VoIP) technology. The program allows worldwide connections to be made between stations, or from computer to station, greatly enhancing Amateur Radio’s communications capabilities. There are more than 200,000 validated users worldwide — in 162 of the world’s 193 nations — with about 4,000 online at any given time.

Software Echolink membenarkan stesen radio amatur yang berlesen untuk berhubung dengan stesen lain melalui internet, menggunakan teknologi voice-over-IP (VOIP). Perhubungan jenis ini membolehkan perhubungan antara stesen atau dari komputer kepada stesen. Lebih 200,000 penguna sah seluruh dunia - dalam 162 daripada 193 negara didunia - dengan lebih 4,000 stesen setiap masa.
More info pls visit and download this software at
www.echolink.org

Saturday, May 16, 2009

Panggilan CQ Di Pengulang

16 May

Ada ketikanya kita pernah mendengar ada diantara rakan-rakan ham yang memanggil di pengulang......CQ...CQ...CQ 9M2xxxx ......CQ CQ CQ.. This is 9M2xxxx. Untuk pengetahuan pembaca sekelian. Dalam sebuah buku karangan seorang Ham dari US mengatakan bahawa ..."Only unprofesional Ham will call CQ on Repeater" yang membawa maksud hanya orang yang bukan pro aje yang memanggil CQ di pengulang.

Ada pula rakan2 mengatakan kita bukannya pro kita ni kan "Amateur" memang benarlah kata beliau sampai mati pun kita tak dipanggil PRO. Kita kena lihat apakah yang di maksudkan dengan "Amateur Radio" itu. Mana ada istilah " Profesional Radio" adakah menjadi satu kesalahan apabila kita memanggil CQ di pengulang....jawapannya sudah pastinya tidak.

Tapi golongan yang berilmu dan berpengalaman di bidang Ham tak akan menggunakan CQ di mana-mana repeater. Mereka akan memanggil begini jika di pengulang senyap aje tiada siapa menggunakannya. Orang yang bijak atau "Pro" akan berbuat begini...."....Ada sesiapa di udara....disini 9M2xxxx......" atau "anybody on Frequency this is 9M2xxxx".

Mengapa CQ tidak digunakan di pengulang jawapannya mudah kebanyakan orang akan monitor di pengulang...berbeza dengan di HF kerana frequency nya lebar. Contohnya dari 14.000Mhz ~ 14.350Mhz tak ada ham akan standby di frequency2 tertentu....Jadi persoalannya sekarang adakah anda ingin manjadi orang yang "bijak /Pro" atau anda ingin memilih manjadi........?????.....

Tepuk dada tanya selera...

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

16 May

Baru-baru ini ada beberapa 9W's bertanya kepada saya mana yang betul setengah cakap begini setengah cakap begitu mana kita nak ikut? Contohnya perkataan "PANCARULANG" yang digunakan oleh sebahagian dari radio amatur pada hari ini.

Jawapannya mudah jika kita rujuk kepada Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 tidak ada perkataan "PANCARULANG" yang ada didalam Akta berkenaan hanyalah perkataan "PENGULANG" puas saya mencari didalam AKTA Komunikasi Dan Multimedia 1998 (AKTA558) dan juga dalam Peraturan Komunikasi Dan Multimedia namun saya tidak terjumpa pun perkataan "PANCARULANG". Cuba kita lihat dari sudut bahasa. Perkataan "REPEATER" jika dialih bahasa kepada Bahasa Malaysia akan berbunyi "PENGULANG".

Apakah yang dimaksudkan dengan "PANCARULANG"? Mungkin bahasa yang digunakan oleh Indonesia itu betul dalam bahasa mereka dan tidak tepat kalau kita gunakan disini. "UPLINK" dan "DOWNLINK" istilah ini hanya digunakan untuk Satellite sahaja. Tapi bukan digunakan untuk "pengulang" .Untuk pengulang ("repeater") istilah yang guna pakai ialah "Repeater Input" dan "Repeater Output". Jadi pergunakan istilah yang tepat. "JELOPPY" Ini adalah perkataan yang sebenar nya. Kita pernah mendengar rakan-rakan diudara menyebut cheelopi......cherokee...dll. "Salt mine" Ini adalah perkataan yang sebenarnya.

Kita pernah mendengar rakan-rakan menyebut Short mine..... soft mine .....dll QRX... QRT. Q code hanya diguna pakai untuk komunikasi kod morse walau bagaimanapun hari ini banyak diantara ham menggunakan QRZ? QTH? QSY? QRU? QRX... QRT dsb. berqso dalam "phone". Pernah juga kita mendengar seseorang yang ingin berhenti dari bercakap dengan si A menyebut.......""Ok lah bang saya ada kerja sikit ni ....walaubagaimanapun set saya akan "ON" so jumpa lagi 73 QRX."

Apakah yang dimaksudkan dengan QRX? Jika kita semak kembali QRX bermaksud "Standby" dan kena beri masa contohnya ...QRX 5 min.... dan setelah itu anda perlu masuk kembali dan sambung perbualan. Setelah saya selidiki mengapa ada diantara ham apabila nak "Sign Off" dari udara menggunakan QRX mereka berkata kita tak tutup "Transceiver" kita. Transceiver kita masih lagi "ON". Kecuali kalau kita "OFF" kan transceiver kita barulah kita sebut QRT...kita masih standby dan monitor di frequency....."PERLU DIINGAT DISINI Q CODE "QRT" BUKANLAH BERMAKSUD MENUTUP (OFF) ALAT TRANSCEIVER KITA...IA MEMBAWA MAKSUD "END OF TRANSMISSION" atau "STOP SENDING" DGN STATION yang lain.

Oleh yang demikian bila kita mahu sign OFF dengan mana-mana station sign off aje lah sebut aje 73 jumpa lagi. Kalau nak guna Q Code guna lah "QRT" bukan nya "QRX

Kelas RAE Anjuran KRAMAT

16 May

Tarikh : 30 & 31 Mei 2009
Masa : 8.30 pagi - 5.30 ptg
Tempat :APMM Universiti Malaya, Lembah Pantai.
Bayaran :RM100/person(Dewasa), RM40(Pelajar Sekolah) & RM80(Ahli Kramat)
Bayaran termasuk makan, minum, nota, fasiliti lain seperti - bilik hawa dingin, projektor, surau, dll kemudahan asas.
Tempat terhad.
Daftar sekarang dengan menaip RAE_Nama penuh_No IC dan SEND ke 012-3050 205

Kelas RAE Anjuran PARTS

16 May

Pihak PARTS akan menganjurkan Kelas Persediaan RAE pada setiap hari AHAD bermula 3 Mei 2009 hingga 21 Jun 2009. Semua warga radio (ahli & bukan ahli) yang bakal menduduki RAE dijemput hadir pada hari tersebut.

Tempat : Wakaf PARTS, Jalan Silibin, Ipoh

Tarikh : Ahad - 3/5, 10/5, 17/5, 24/5, 31/5, 7/6, 14/6, 21/6

Masa : 10:00 pagi ~ 12:00 tengahari

Kelas RAE Anjuran SCS

16 May

Kelas Persediaan RAE anjuran SCS akan diadakan pada hari Ahad 14 Jun 2009 di Taman Desa Melawati. Bayaran RM40 (Ahli) dan RM50 (Bukan Ahli). Daftar dan bayar ke akaun Maybank ZANIRUL AKHMAL, 1-14084-039266, Sebelum 31hb Mei 2009. Sertakan nama penuh, No Kad Pengenalan, Callsign bagi Ahli & No telefon anda. Kepada Zanirul (SC2ZK / 9W2PRO), No Hp : 013.394.0011

Kelas RAE Anjuran MARES

16 May

We are please to informed that MARES will be organizing a RAE preparation class, please find the details below:

Date:Saturday 16 - Sunday & 17 May 2009 (2 days)

Time:Registration: 8:00 AM (Saturday only)

Class: 8:30 AM till 5:30 PM (both days)

Venue:Auditorium (Ground Floor),Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar,Kompleks Sekolah Wawasan,Persiaran Kewajipan, USJ 15,47630 Subang Jaya, SelangorGPS Lat/Lon: 3°2'10.43"N, 101°35'18.71"E (3.036231, 101.588531)
Maps:Multimap map Wikimapia map

Program Fee : MARES Members - RM80.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)

Non-Members - RM100.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)

Revision only - RM70.00 (Inclusive tea breaks)Important Note For Payment:Please register first.

Payment method will be sms to those who registered for the classes. Download and fill up the Class Registration form here:-PDF versionDOC versionParticipation for this classes will be based on first come first serve basis, so please submit your application as early as possible.

Class is limited to 35 person maximum. Completed forms can be submitted via online to rae[at]mares.org.my. (Change [at] to @) Alternatively, you can submit the form to the Club House, attention to 9M2SQL) or fax to 03-7781 1859.For further details, please contact the Education Bureau as follows:-9M2SQL - Abdul Mutalib / 9m2sql[at]mares.org.my / 017- 6391632

Deadline for class registration is on 15 May 2009.Good luck to all candidate from MARES.Thank You To The Following Persons For Making This Event A Success!9M2SQL Mutalib 9M2RI Alex9W2MIT Maz 9W2AJE Azzam 9W2TKK Irwan 9W2BBA Bujang 9W2TKC Mansor… and to others which we failed to mention here.

Kelas RAE Anjuran ASTRA Kawasan Tengah

16 May

Kelas Persediaan RAE 01/2009

Anjuran : ASTRA Kawasan Tengah.

Tempat : Pusat Sumber Pendidikan JAIS, Kg. Jawa, Klang Selangor D.E

Tarikh : 6 & 7 Jun 2009 (Sabtu & Ahad).

Masa : 8.30am - 5.30pm.

Bayaran Dewasa : RM20

Percuma : Peserta berusia bawah 17 tahun & Peserta berusia 60 tahun keatas.

(Bayaran adalah untuk mengisi tabung repeater)

Tenaga Pengajar 9M2AGC Ahmad Azlan (Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik Komunikasi - Politeknik Shah Alam)

9W2JEN Saiful Firdaus (Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik Kuasa - UiTM Shah Alam)

** Nota Kelas diberikan percuma kepada 20 peserta terawal.****

Makanan tidak disediakan

Fasiliti Lain - Bilik Hawa Dingin, Projector, Surau & Kemudahan asas lain disediakan.

Untuk peserta yang memerlukan penginapan, kemudahan disediakan dgn bayaran yg minimum oleh JAIS.

Kepada yang berminat, sila hubungi rakan-rakan dibwh:-
9W2JEN Saiful Firdaus - 012 506 29582
9W2BDZ Mohd Fadzlee - 012 616 81833
9W2MSG Mohd Suhaimi - 016 385 97954
9W2GTR Mohd Faizal - 012 310 9869

Wednesday, May 6, 2009

Selamat Pengantin Baru

6 May

Selamat Pengantin Baru kepada 9W2POK (Hishamuddin). Tanggal 24 April 2009 Apok telah selamat di ijabkabulkan dengan pilihan hati beliau. Tanggal 3 Mei 2009 keduri telah diadakan di kediaman beliau di Taman Cahaya Ampang. ADARC47 ingin mengucapkan selamat pengatin baru kepada anda semoga berkekalan ke akhir hayat.

Apok segak bergaya berbaju pengantin dengan keris terhunus di perut bersama pasangannya

Apok di sambut sebagai raja sehari


Apok tersenyum dengan gelagat rakan-rakan yang menyakatnya


Berbaris panjang untuk pendaftaran. Nak makan kenduri pun kena daftarrrr....... Itu la yang dinamakan HAM berdisiplin


Yang ini motor pengantin perempuan

Yang ini motor pengantin lelaki. Hehehehe


9W2NTT & 9W2XSS di bawah khemah karaoke


PR-QG, 9W2CAE & 9W2LLH yang hadir kenduri di rumah Apok


Rakan-rakan HAM yang berada di bawah khemah karaoke


Saturday, May 2, 2009

International Phonetic Alphabet

2 May

Phonetic Alphabet digunakan untuk mengelakkan kekeliruan ketika pemancaran yang sukar dan juga bagi menyebut perkataan yang pelik atau sukar difahami. Ia disarankan penggunananya bagi mengelakan kesilapan dalam mengecam callsign atau sesuatu maklumat yang cuba disampaikan. Semua callsign diwajibkan disebut menggunakan phonetic dalam operasi Amatur.

International Phonetic Alphabet

A - Alpha
B - Bravo
C - Charlie
D - Delta
E - Echo
F - Foxtrot
G - Golf
H - Hotel
I - India
J - Juliet
K - Kilo
L - Lima
M - Mike
N - November
O - Oscar
P - Papa
Q - Quebec
R - Romeo
S - Sierra
T - Tango
U - Uniform
V - Victor
W - Whiskey
X - Xray
Y - Yankee
Z - Zulu

contoh sebutan callsign
9W2NTT disebut sebagai "nine whiskey two november tango tango"

sekian