Friday, July 22, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432 Hijrah

22 Jul

Bulan Ramadhan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Alhamdulillah, kita semua masih lagi berkesempatan untuk merasai Ramadhan pada tahun ini.

Maka itu, sebelum kita menyambut bulan yang mulia ini ADARC ingin memohon seribu kemaafan kepada semua pembaca blog ini sekiranya kami ada tersalah bicara atau pun segala kekurangan kami selama ini.

Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini dapat kita tunaikan dengan penuh kesabaran.

Thursday, July 21, 2011

Jersey ADARC Cycling Team

21 Jul



Final design jersey ADARC Cycling Team. Sesiapa yang berminat untuk memilikinya sila berhubung terus dengan 9W2UWR (Anwar) 018-3899 431.

Untuk cetakan pertama ini harga promosi untuk lengan pendek RM69 dan untuk lengan panjang RM89.

Saiz yang ada adalah XXS, XS, S, M, L, XL, XXL & XXXL

Tarikh tutup tempahan pada 25/07/11 (Isnin) jam 11.59 malam.

Gotong Royong

21 Jul

1 majlis gotong royong akan diadakan di Masjid Raja Muda Musa Semenyih pada 31 Julai 2011 (Ahad) jam 8.00pagi hingga waktu Zohor. Semua rakan-rakan yang membaca blog ini dijemput hadir.

Kepada yang ingin menyubangkan tenaga anda boleh la hadir dengan membawa kerperluan atau kelengkapan sendiri seperti penyapu, mop, vacuum, cangkul, pongkes, sarung tangan, baldi, penyapu lidi, parang, kapak, gergaji, tangga dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Jika anda ingin menyumbang wang ringgit juga anda boleh menghubungi Timbalan Nazir Masjid Raja Muda Musa Semenyih, Tuan Hj. Jaafar di talian 016-272 0023.

Pertanyaan lanjut anda boleh hubungi 9W2BMX (Man) 019-278 0329 atau 9W2CAE (Shahir) 012-266 7321.

Sumbangan Di Dunia Untuk Bekalan Di Akhirat

Eyeball Bersama S21VA

21 Jul



Pada 23/06/11 yang lalu, rakan-rakan ADARC telah eyeball bersama S21VA (Dr. Zahidul) dari Bangladesh di Restoran BRJ Alam Damai. Beliau yang datang berkerja di Malaysia telah mencari rakan-rakan ADARC untuk eyeball kerana selama ini beliau hanya mengikuti aktiviti-aktiviti yang ADARC jalankan melalui blog sahaja.

Di dalam pertemuan ini, banyak kisah-kisah yang dapat kami kongsi bersama antaranya bertapa susahnya rakyat Bangladesh untuk mendapatkan callsign dan sebuah radio.

ADARC juga berasa amat bangga kerana kami menjadi orang kedua yang dapat eyeball dgn S21VA di Malaysia. Orang pertama yang eyeball dengan S21VA adalah 9M2YRS (Pak Yob).

Walaupun berlainan negara dan bahasa, namun kerana minat dan hobi yang sama telah mempertemukan kami dengan beliau. Hidup Radio Amatur Malaysia.