Monday, May 31, 2010

Jemputan Walimatul Urus 9W2TS (Saad)

31 May



"salam,

saya 9W2TS-saad menjemput rakan2 v47 serta keluarga kemajlis tersebut.

9w2ts-saad"

Merujuk perkara di atas..yang diterima melalui email adarc47, dengan ini rakan2 dan keluarga semua dijemput hadir ke majlis perkahwinan anakanda beliau. Berikut adalah butiran mengenai kenduri tersebut:

Tarikh: Sabtu, 19 Jun 2010 / 6 Rejab 1431 Hijrah

Tempat: No 17, Jalan Jelok Ria 2, Taman Jelok Ria, 43000, Kajang SELANGOR DE

Semoga dengan kehadiran para jemputan akan menyerikan lagi majlis tersebut

73 de ADARC

Sunday, May 23, 2010

Kenduri Aqiqah Rumah 9W2SAQ

23 May

Sempena dengan kelahiran puteri kepada 9W2SAQ aka Zul, beliau mengadakan satu kenduri Aqiqah serta doa selamat di kediaman beliau. Dijemput semua hadir

Tempat: Jalan Makmur Bandar Tun Razak (Depan Tapak Semaian Baharom)
Masa: Selepas Waktu solat Isya (8:30 mlm)
Tarikh: 12/6/2010

Sebarang pertanyaan boleh hubungi beliau ditalian 0133673867 9W2SAQ/Zul

Thursday, May 20, 2010

1MALAYSIA 4WHEELERS

20 May

Satu program sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53 akan diadakan pada hujung Ogos 2010 ini. Tujuan program ini adalah untuk menyahut cabaran dan meyemarakkan lagi slogan 1 Malaysia. Program ini akan melibatkan ribuan buah kenderaan 4x4 dari seluruh pelusok tanah air dan akan berkumpul di Putrajaya pada 30 Ogos 2010. Ia juga bertujuan untuk mencipta sejarah di dalam Malaysian Book Of Record. Oleh itu pengguna-pengguna kenderaan pacuan empat roda dijemput menyertai acara tersebut. Sebarang pertanyaan boleh majukan terus kepada

Talian 1Malaysia4Wheelers : 016 2253 488, 016 3383 488, 012 3213 234

Kepada rakan-rakan ADARC47, kita di beri mandat untuk bertugas pada hari tersebut, untuk melancarkan pergerakan dan aturcara program. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saudara
NIZAM/BOY (9W2WPG) ditalian 014 2337 091.

73 de adarc

Sunday, May 16, 2010

Keputusan RAE 1/2010

16 May

Pada 14 April yang lalu Peperiksaan Radio Amatur siri 1/2010 telah dijalankan di SACC Convention Centre Shah Alam. Alhamdulillah keputusannya telah pun kita ketahui pada 11 Mei 2010 yang lalu. Tahniah kami ucapkan kepada yang lulus dan jangan berputus asa kepada yang gagal. Gagal sekali tidak bererti gagal selama-lamanya.

Kepada rakan-rakan yang masih belum mengetahui keputusan RAE 1/2010, anda boleh la menyemaknya di http://rae.skmm.gov.my/rae_2010_1.asp dan kepada yang telah mengetahui keputusannya cepat-cepat lah dapatkan tandatangan 9M dan sediakan dokumen yang lengkap untuk buat callsign.

Tahniah sekali lagi dan jumpa anda di 145.5875 (V47)

73

Selamat Hari Pekerja, Hari Belia Dan Hari Guru

16 May

Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) ingin mengucapkan Selamat Hari Perkerja, Hari Belia dan Hari Guru kepada semua rakan-rakan HAM khasnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya.

Semoga kita dapat menafaatkan cuti umum dan menghargai jasa-jasa pekerja, belia dan guru-guru kita.

73

Check Net di V47

16 May

Dibawah adalah keputusan check net yang telah dibuat oleh 9W2GFA pada 9 Mei 2010 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada anda Cikgu Firdaus selaku net controller dan terima kasih kepada semua yang check in pada malam tersebut. Seramai 23 stesen telah direkodkan pada malam tersebut.

Net Controller : 9W2GFA
Tarikh : 9 Mei 2010
Masa : 2130 - 2230
Lokasi Stesen : Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur
Peralatan : Yaesu FT 897D, Power Supply GZV 4000, Antenna Slim Jim
Kuasa Pancaran : 50 watt

Stesen yang diterima

9W2 YSF
9W2 SAQ
9W2 TSE
9W2 NTT
9W2 ZOX
9W2 FRR KEPONG
9W2 GTT
9W2 JBD
9W2 UTI KEM SUNGAI BESI
9W2 WBW kendalian JOE DAMANSARA
9W2 YUP DAMANSARA
9W2 MHJ
9W2 XRS
9W2 FJO PUTRAJAYA
9W2 NDS
9W2 SPA
9W2 BMX
9W2 BHM BATU 10 GOMBAK
9W2 BCT
9M2 RIE
9M2 SEC TELOK PANGLIMA GARANG
9W2 WMT SERDANG
9W2 MDP KUALA KUBU BHARU

73