Thursday, February 25, 2010

Kelas Persedian RAE 1/2010

25 Feb

Merujuk kepada notis terbaru SKMM, peperiksaan akan diadakan pada,

Tarikh: 14/4/2010
Masa: 2.00pm
Lokasi: Tengah & Utara.

Sehubungan dengan itu, Astra Wilayah Tengah akan menganjurkan Kelas Persediaan seperti di bawah:

(1) Kelas Pertama
Tarikh: 28/03/2010 (Ahad)
Masa: 9.00am - 5.00pm
Tempat: Pusat Pendidikan JAIS, Jln. Bukit Jati, Kg. Jawa, Klang.

(2) Kelas Kedua
Tarikh: 04/04/2010 (Ahad)
Masa: 9.00am - 5.00pm
Tempat: Pusat Pendidikan JAIS, Jln. Bukit Jati, Kg. Jawa, Klang.

Tenaga Pengajar: 9M2AGC & 9M2GTR
Bayaran: RM40.00*
Lain-lain: Nota & Alatulis disediakan.

*Bayaran minima dikenakan bagi mengisi tabung repeater 9M4RBC yang semakin kempis, bayaran dewan kuliah dan nota-nota.

Untuk keterangan lanjut atau tempahan dan bayaran, sila hubungi:

9W2MSG - Pak Suhaimi - 016-3064300 / 016-3859795
9W2AKY - Abang Zaki - 012-3353253

sekian terima kasih.

de 9w2msg.

"PERSAHABATAN MELALUI UDARA"

Wednesday, February 24, 2010

Suasana Eyeball QSO Bersama 9M Di NZ Curry House

24 Feb

Pada 6 Febuari 2010 yang lalu eyeball QSO bersama 9M telah diadakan di NZ Curry House Wangsa Maju. Tujuan eyeball ini diadakan adalah untuk memudahkan SWL yang baru lulus RAE baru-baru ini mendapatkan tandatangan dari 9M.

Rakan-rakan dari Alam Damai juga mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan tandatangan 9M dah bereyeball dengan rakan-rakan yang lain. Terima kasih kepada Wilayah V17 yang menganjurkan program seperti ini dan mudah-mudahan program seperti ini dapat diteruskan atau dijadikan tradisi untuk memudahkan SWL mendapatkan tandatangan 9M.

Kepada SWL yang baru lulus RAE, tahniah kami ucapkan dan selamat datang ke dunia amatur. Mudah-mudahan anda semua dapat membimbing rakan-rakan baru yang berminat dengan radio amatur.

73



Thursday, February 18, 2010

Maklumat Dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

18 Feb

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan format baru lesen radio amatur (AA) berkuat kuasa pada 18/01/2010. Sekiranya anda berminat untuk menukar lesen (AA) ke format baru sila sertakan wang pos RM10.00 untuk bayaran. Anda juga dikehendaki membawa salinan lesen (AA) yang lama dan gambar berukuran lesen memandu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemuskilan, sila hubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di talian 03-55187706.

Harap Maklum.

73

Sesi Eyeball QSO bersama 9M2 (1-2010)

18 Feb

Dengan segala hormat menjemput rakan-rakan radio amatur tidak kira kelab mahupun individu yang berkelapangan untuk hadir:

Program: Sesi Eyeball QSO bersama 9M2

Tarikh : 19 FEBRUARY 2010/Jumaat

Waktu : 8.30 malam sehingga 11.00 malam sahaja.

Lokasi : Restoran NZ CURRY HOUSE, Wangsa Maju (Sebelah Carrefour Wangsa Maju, berdekatan Wangsa Walk, berhadapan KFC dan PIZZA HUT)

GPS Coordinates:

3.197988273119358, 101.7444384098053

atau

N 03' 11.52' , E 101' 44. 39

Bagi mereka yang baru lulus RAE juga digalakkan hadir agar kita dapat mendekati golongan 9M2 dan seterusnya menimba ilmu dari mereka insyaAllah.

Sila bawa bersama borang yang lengkap:

1) Recommendation 9M

2) Statutory Declarations


*Makan dan minum adalah di atas tanggungan sendiri.


Apa yang menarik malam itu :

>>PesuruhJaya Sumpah

>> Flea Market

Standby Freq - 145.2125Mhz (V17)

Jumpa di sana.

73

Putrajaya Night Marathon

18 Feb

Pada 6 Februari 2010 yang lalu Night Marathon telah berlangsung di Putrajaya. Acara yang bermula pada jam 8.00 malam ini telah tamat secara keseluruhan pada pukul 5.00 pagi. Persatuan Peminat Radio Dua Hala Selangor atau lebih dikenali dengan nama PRADAS telah diberi mandat oleh pihak penganjur untuk menjaga dan mengawal selia semua check point dan komunikasi pada acara tersebut.

Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) turut berbangga kerana 3 stesen telah terlibat sebagai petugas pada acara tesebut. Diantara rakan-rakan yang terlibat adalah PR-WPG/9W2WPG, PR-WKL/9W2NTT dan PR-NZN/9W2NDS.

ADARC juga mempunyai seorang wakil sebagai peserta yang telah berjaya menamatkan larian beliau hingga ke garisan penamat. Tahniah diucapkan kepada PR-MUD/9W2XSV.

Semoga acara-acara sebegini dapat diadakan lagi di masa akan datang dan insyaAllah kami dari ADARC tidak keberatan untuk membantu jika diberi peluang.

73

Friday, February 12, 2010

Happy Chinese New Year 2010

12 Feb

Happy Chinese New Year atau Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya. Kepada rakan-rakan yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung kerana dapat cuti yang panjang, berhati-hati memandu kami ingatkan. Semoga anda selamat pergi dan selamat kembali ke destinasi masing-masing.

73

Tuesday, February 9, 2010

9W2GFA Menang Tempat Ke-2 ARDF UTM Skudai

9 Feb

ARDF atau Fox Hunting, telah diadakan pada 30 Januari 2010 yang lalu. 9W2GFA (Cikgu Firdaus) merupakan wakil tunggal dari ADARC47 malah juga wakil tunggal dari Kuala Lumpur telah menyertainya. Acara tersebut telah diadakan di sekitar kampus UTM Skudai, Johor.

Jumlah keseluruhan peserta tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti sememangnya ramai terutama dalam kategori Beginner yang rata-ratanya disertai oleh SWL dari kawasan sekitar dan juga mahasiswa dan mahasiswi UTM sendiri. Fox Hunt pada kali ini juga disertai oleh beberapa orang dari tanah seberang yang dilihat mempamerkan callsign YB....dan YC...

9W2GFA menyertai acara tersebut dalam kategori Intermediate dan telah memenangi tempat kedua setelah menemui tiga beacon daripada lima beacon yang telah disembunyikan (sebenarnya empat tetapi yang satu tu rupa-rupanya dummy marker - ceh).

Fox hunting yang berikutnya dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun 2010 nanti di Kuala Lumpur.

Jumpa anda disana....

73

Monday, February 8, 2010

Radio Amateur Examination (RAE) Results 2009-2

8 Feb

Keputusan RAE dah keluar... jom semak keputusan anda di http://rae.skmm.gov.my/

Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya...

Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, sila cuba lagi.

73 de ADARC47


Friday, February 5, 2010

Majlis Pelancaran ADEC Melaka

5 Feb

Majlis pelancaran ADEC Melaka akan diadakan pada:-

Tarikh: 6 Febuari 2010

Masa: 9.00 pagi

Lokasi: Pejabat PBSM Negeri Melaka, Bukit Peringgit

Kepada rakan-rakan yang mempunyai kelapangan, anda dijemput hadir bagi meramaikan dan memeriahkan majlis.

73

Program Derma Darah SCS Communication And Event

5 Feb

Sempena menyambut kedatangan hari perayaan Tahun Baru Cina 2010, adalah menjadi lumrah kepada seluruh warga Malaysia akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan bersama keluarga khususnya kepada masyarakat cina. Namun begitu kesempatan cuti perayaan yang panjang ini juga, masyarakat Malaysia yang tidak meraikan perayaan ini mengambil kesempatan untuk pulang bercuti juga.

Justeru itu setiap kali tiba musim perayaan, jumlah peningkatan kemalangan jalan raya akan bertambah melalui statistik Ops Sikap yang direkodkan oleh pihak PDRM. Menyedari akan hakikat ini dan berkemungkinan keperluan darah meningkat di musim perayaan, pihak SCS Communication And Event akan menganjurkan program Derma Darah bagi memastikan stok simpanan darah di Pusat Darah Negara mencukupi.

Bagi ahli keluarga SCS Communication and Event dan rakan-rakan HAM yang berminat untuk menderma darah, sila berhubung terus dengan SC2JQ di talian 016-6045689 untuk maklumat lanjut. Program ini akan diruskan oleh SC2TL.

Bersama kita menyumbang untuk menyelamatkan nyawa yang lain.

Tarikh: 7 Febuari 2010

Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi: Pusat Darah Negara

73

Thursday, February 4, 2010

Majlis Pertunangan 9W2TBC

4 Feb



Pada 23 Januari 2010 yang lalu 9W2TBC (Ayie) telah melangsungkan majlis petunangan dengan kekasih hati beliau di Taman Bukit Saga Ampang. Turut serta di majlis ini adalah kaum keluarga beliau dan rakan-rakan HAM dari lokalan Alam Damai (ADARC).

Semoga ikatan pertunangan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin. Untuk 9W2TBC tahniah kami ucapkan dan jangan lupa jemput kami semua untuk pekena nasi minyak nanti.

73