Wednesday, December 30, 2009

Stiker Callsign Kereta

30 Dec

Stiker Callsign untuk kereta

Sila komen..sebarang cadangan, undian dari segi saiz, warna, font dan sebagainya. Komen anda dialu-alukan.

73

Wednesday, December 23, 2009

Merry Chritsmas & Happy New Year

23 Dec



Alam Damai Radio Amateur Community (ADARC) ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua operator HAM yang beragama Kristian khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Dikesempatan ini juga ADARC ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010. Semoga azam 2009 telah terlaksana dan mulakan azam baru pada 2010 ini.

Thursday, December 17, 2009

Utusan Raja Sehari SWL Wan

17 Dec


Dengan ini dijemput rakan2 semua hadir ke majlis Walimatul Urus beliau.

Tarikh: 26 Disember 2009/9 Muharram 1431H (Sabtu)

Tempat: Blok A-19-06, Kompleks Quarters H.K.L Jalan Raja Muda, 50400, Kuala Lumpur

de adarc47

Salam Maal Hijrah 1431H

17 Dec


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H

Wednesday, December 16, 2009

Adakah Anda Tahu?

16 Dec

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luarbiasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas untuk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan = 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26.. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja).

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby' .

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada nombor 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...... Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada nombor 8 kan ?

Hehehehehe.....

Suasana RAE 2/2009 Di SACC Convention Centre Shah Alam

16 Dec


Alhamdulillah selesai sudah RAE 2/2009 pada petang tadi di SACC Convention Centre Shah Alam. Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC) telah menghantar 11 orang SWL untuk mengambil RAE pada kali ini. Mudah-mudahan mereka semua lulus dan bertambah ramai la operator HAM di lokalan Alam Damai.

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang telah hadir untuk memberi sokongan moral kepada SWL ADARC. Di antara yang hadir untuk memberi sokongan adalah 9M2RIE, 9W2JQQ, 9W2WPG, 9W2UWR, 9W2NTT, 9W2TBC, 9W2XSV, 9W2JBD, 9W2SAQ, 9W2BMX, 9W2BMQ dan 9W2NMS.

Kepada 11 org SWL ADARC, kami mendoakan somoga anda semua berjaya. Tahniah kepada anda semua kerana telah melangkah sebelah kaki ke alam amatur. ADARC mengharapkan selepas ini akan muncul 11 callsign 9W baru di lokalan Alam Damai.

SWL Hisham
SWL Ibrahim
SWL Bad
SWL Shah
SWL Otoman
SWL Farouk
SWL Azam
SWL Dahyah
SWL Wan
SWL Kamal
SWL Izwan

Jumpa anda semua di V47

73

Sunday, December 13, 2009

Peperangan Hampir Tiba

13 Dec

Hehehehe...Kurang dari 48 jam SWL dari serata Malaysia akan berperang dengan RAE 2/2009. Mungkin ada yang berpeluh, gementar, gugup, takut, gembira, suka. Walau apa pun keadaan yang anda hadapi ADARC mendoakan semoga anda berjaya dan merasa tenang sewaktu menjawab soalan RAE nanti.

Mungkin anda semua pernah dengar lagu Zaiton Sameon yang bertajuk "Sepanjang Perjalanan Ini" yang rangkapnya berbunyi:-

Sepanjang Perjalanan Ini (Sepanjang mengenali hobi radio ini)
Lembah Dan Lurah Kulewati (Berbagai dugaan dan halangan yang dihadapi)
Ketenangan Yang Ku Cari (Kejayaan yang dicari untuk dapatkan callsign 9W/9M)
Belum Ku Temui (Belum ditemui)

Rangkap lagu diatas sebenarnya dapat menambahkan semangat kita untuk berusaha mendapatkan callsign 9W/9M. Mungkin sebelum ini SWL rasa sangat susah untuk memancar tanpa callsign. Ada yang kena tegur, ada yang kena marah dan mungkin ada yang merajuk terus dengan hobi ini. Tetapi pada 16 Disember 2009 jam 2.00 petang adalah saat yang paling penting untuk anda lepasi lembah dan lurah yang selama ini membuatkan anda rasa beban. Ketenangan yang anda cari sudah tiba, peluang di depan mata hanya diri anda sendiri sahaja yang dapat menentukannya.

Selamat berjuang semua SWL, ADARC ingin nasihatkan semua calon RAE:-
1) Datang awal ke tempat peperiksaan.
2) Bawa alat tulis termasuk kalkulator.
3) Bawa kad pengenalan.
4) Bawa surat daripada MCMC.
5) Baca soalan betul-betul
6) Tinggalkan dahulu soalan yang susah.
7) Selepas menjawab semua soalan, semak balik soalan yang mungkin anda belum jawab.
8) Jangan tinggalkan soalan tanpa berjawab. Jika anda betul-betul tak tahu jawapan, hentam sahaja. Jangan biarkan ia tidada jawapan.

JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH
KAU BOLEH MELAKUKAN
JIKA KAU FIKIRKAN KEKALAHAN
KAU MENGHAMPIRI KEGAGALAN

73

UTM ARDF

13 Dec

"No Due, No Harm, With Skill We Play"




UTM Introductory ARDF Open
(Fox Hunting) 2010


Date : 30 January 2010
Time : 8.00 AM to 8.30 PM

Pihak UTM dengan kerjasama Belia 4B dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Amateur Radio Direction Finding (ARDF). Segala maklumat lengkap anda boleh dapati di http://utmardf.blogspot.com

Saturday, December 12, 2009

DX'ing Sempena Menyambut Ketibaan 2010

12 Dec

Satu acara DX'ing sempena ketibaan tahun baru 2010 akan diadakan:-

Tarikh: 31/12/2009

Masa: 18.00hrs (31/12/09) to 11.00hrs (1/1/10)

Tempat: Rejab Tomyam, Batu 3, Shah Alam.

GPS Coordinate: N03 03.721 E101 33.451

Freq/ Bands: 2m, 10, 15m, 20m, 40m dan 80m


Station Masters: 9M2GTR, 9M2JEN & 9M2ONE

Co-ordinator: 9W2YR, 9W2MSG & 9W2CYB

Monitoring Frequencies: 9M4RBC - 147.750mhz, V44 & V20

Kepada mana-mana rakan yang tiada program atau tidak tahu kemana pada malam tahun baru ini, bolehlah kita sama-sama ke Rejab Tomyam Shah Alam untuk sama-sama memeriahkan lagi program DX'ing. Disamping itu boleh juga kita berkenal kenalan dengan rakan-rakan yang belum pernah kita bertemu.

Jumpa di sana.....

73

Alam Damai Amatuer Radio Community Bersama Peta Dan Kompas

12 Dec


Tahniah kepada semua rakan-rakan yang telah menjayakan aktiviti di kaki Gunung Nuang tempoh hari. Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar dan peserta-peserta yang mengikuti pogram tersebut. Aktiviti ini telah mendapat perhatian dari seorang wartawan dari Akhbar Utusan Malaysia yang juga mengikuti program ini. Dibawah ini ada petikan selanjutnya yang telah disiarkan di dalam surat khabar Utusan Malaysia 12.12.09 di ruangan Reakreasi.

Tuesday, December 8, 2009

Akan datang....

8 Dec


Untuk tontonan umum sahaja...
akan diumumkan kemudian hari....
tunggu....

p/s:bang nuar, pinjam gambaq ngan callsign...sebagai model..hehe..

73
de' ADARC47

Sunday, December 6, 2009

Malam SWL

6 Dec



Selepas penat pulang dari membuat tinjauan, pada malamnya pula eyeball QSO di "Kedai Was Here". Rakan-rakan bertungkus lumus menaikkan portable antena untuk memancar ke ASTRA sempena dengan malam SWL pada setiap malam minggu.

Akhirnya antena moxon telah dinaikan dan dapatlah beberapa rakan SWL memancar ke ASTRA dengan menggunakan kendalian. SWL Ibrahim telah memberanikan diri dengan memancar ke ASTRA Transnasional dengan menggunakan callsign Nine Whiskey Two Bravo Mike X-ray (9W2BMX) kendalian Ibrahim.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang hadir pada malam tersebut yang telah bersusah payah untuk menaikan antena dan yang memberi sokongan moral.

73

Skuad Peninjau ADARC Ke Pertak

6 Dec



Pada 5 Disember 2009, Seramai 4 stesen skuad peninjau telah bertolak dari Alam Damai ke Sungai Pertak Kuala Kubu Bharu. Bermula dari jam 10.00 pagi mereka bersiap sedia dengan segala kelengkapan dan sebuah jentera Land Rover 110 Defender.

Sepanjang perjalanan ke destininasi semuanya bergerak dengan lancar. Dengan kecekapan dan kemahiran yang ada pada ketua skuad peninjau 9W2BCT, mereka telah berjaya meredah beberapa halangan seperti hutan belukar, bukit bukau, sungai dan jalan yang berbatu.

Akhirnya skuad peninjau sampai ke destinasi dan bertemu dengan beberapa rakan "Geng Curut". Skuad peninjau telah jumpa lokasi yang sesuai untuk untuk menjalankan aktiviti akan datang untuk ADARC.

Terima kasih kepada 9W2BCT, 9W2SAQ, SWL Ibrahim dan SWL Hisham yang telah sudi meninjau kawasan untuk aktiviti akan datang yang akan dibuat oleh Alam Damai Amatuer Radio Community. InsyaAllah, jika tiada aral melintang ADARC akan buat aktiviti seterusnya di tempat seperti gambar di atas.

Sebelum pulang ke Alam Damai, mereka sempat singgah ke rumah 9W2TOQ untuk membantu beliau menaikkan antena base. Hehehe... Lepas ni Atok boleh la QSO di V47.

73

Perpisahan Bersama 9W2PIT

6 Dec

Pada 28 November 2009 adalah hari terakhir 9W2PIT berada di lokalan Alam Damai. Beliau yang telah tamat latihan di Maktab Pergguruan telah pulang ke kampung halaman di Tapah. 9W2PIT yang bakal bertugas sebagai seorang guru hanya menanti surat dari Kementerian Pendidikan dimanakah tempat yang beliau akan ditugaskan selepas ini.

Kami di ADARC47 harap-harap anda dapat bertugas ke Lembah Klang kembali Pit. Tapi dimana sekali pun anda bertugas kami mengucapkan selamat bertugas Cikgu Pit.

Pihak ADARC juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang selama ini memberi idea, nasihat dan tenaga dalam setiap aktiviti yang kami jalankan. Jika anda turun ke Lembah Klang ini singgah-singgah la ke Alam Damai.

Selamat Bertugas Cikgu Afiq.....

Jumpa dan jumpa lagi..

73

Thursday, December 3, 2009

SWL @ SWAL

3 Dec

Salam sejahtera semua.

Untuk perhatian semua, hanya di Malaysia sahaja digunakan 'term' SWAL (Short Wave Amateur Listener). Negara-negara lain di dunia tidak menggunakan 'term' itu, sebab ianya tidak wujud. Yang wujud, dan yang betul, ialah SWL - Short Wave Listener. Memandangkan band HF amatur terkandung di dalam kategori Short Wave maka mereka yang mendengar band amatur di HF juga di panggil Short Wave Listener (SWL) dan bukan SWAL. 'Term' SWAL tidak wujud di mana-mana, baik di peringkat International Telecommunication Union (ITU) mahu pun di American Radio Relay League (ARRL) atau Radio Society of Great Britain (RSGB) atau mana-mana persatuan/badan radio amatur.

Short Wave adalah dari , lebih-kurang, 1MHz hingga ke 30MHz, tak kira apa 'mode' yang dipergunakan. Mereka-meraka yang minat mendengar frekuensi yang lebih tinggi dari 30MHz tidak dinamakan SWL sebab ianya, yang lebih dari 30MHz itu, bukanlah diistilahkan sebabai Short Wave. Sekiranya 'term' SWAL digunakan apabila anda memancar di band HF amatur, nescaya seluruh dunia akan hairan apa yang dimaksudkan oleh anda dan ianya akan menyebabkan kekeliruran. Oleh yang demikian, jangan guna sama sekali 'term' SWAL tetapi gunalah 'term' SWL yang mana ianya adalah yang betul.

Terima kasih
dan 73.

Kenangan Bersama Rakan HAM Melaka

3 Dec



Ini adalah antara kenangan bersama rakan-rakan HAM Melaka sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka 9W2PGE pada hari raya aidilfitri yang lalu. Maaf dipinta kerana lambat upload gambar-gambar ni...


73