Monday, August 24, 2009

KAMBING OH KAMBING....

24 Aug

Ramadan menjelang Syawal kunjung tiba...

1 Malaysia diperkasa merdeka bakal dirai...


RAE dijawab keputusan dah diketahui....


Ikut tradisi azab geng lepas dah settle, apa pulak kata geng sekarang hehehe....



Sekadar ingin bertanya wahai tuan pengerusi,

Ada ke sebarang keraian untuk mereka yang baru lepas @ meraikan Ramadhan dan Syawal yang kunjung tiba... jika ada maka boleh lah diwar-warkan kepada rakyat jelata ....

Sekian.... terima kasih...

Friday, August 21, 2009

Tatapan Mata

21 Aug


Hanya untuk tatapan mata kalian...
Sticker cermin kereta depan...
p/s..sapa nak angkat tgn... :D

YG CREW TU TUKAR JADI MEMBER..MAI BELI RM5 SAHAJA

www.adarc47.com

21 Aug

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Website kita www.adarc47.blogspot.com kini boleh di akses dengan menggunakan alamat www.adarc47.com . Sila war - warkan kepada rakan yang lain. Alamat ja yang bertukar..tapi isi masih sama...



Terima kasih
73

Selamat Berpuasa...

21 Aug


Assalamualaikum...



ADARC47.com ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa untuk muslimin dan muslimat...puasa..jangan tak puasa...

Wednesday, August 19, 2009

Sulam Callsign

19 Aug

Kepada mana-mana rakan yang ingin buat sulam callsign dan nama seperti gambar diatas boleh la berhubung dengan 9W2UWR di talian 018-3899431. Harga RM12 sahaja, baju atau topi sendiri.

Jika anda ingin mengubah V47 kepada V lain juga boleh dan alamat blogspot juga boleh diubah, padam atau letak ayat lain.

73

Tuesday, August 18, 2009

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

18 Aug


MERDEKA MERDEKA MERDEKA...

Tanggal 31 Ogos 2009 genaplah negara kita merdeka 52 tahun. Untuk memerdekakan negara kita daripada penjajah bukan lah satu perkara yang mudah.

Jadi kita semua hendaklah menjaga dan mengekalkan kemerdekaan ini. Kepada semua HAM's tanamkanlah sifat patriotik dalam diri anda dan kibarkanlah Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan ini.

MERDEKA MERDEKA MERDEKA...

73

Ramadhan Tiba Lagi

18 Aug

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik pejam celik sekejap je dah sampai bulan Ramadhan kembali. Rasanya cepat sungguh masa berlalu. Lepas Ramadahan, Syawal pun menjelma.

Hehehehe kepada rakan-rakan yg belum ganti puasa tu masih ada beberapa hari lagi ni untuk ganti puasa yang tertinggal.

Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang akan menjelang tak berapa hari jer lagi ni, ADARC ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. InsyaAllah ADARC akan buat satu majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan. Segala info mengenai majlis berbuka puasa tu akan diberitahu kemudian.

73

Gambar Eyeball Bersama 9M Di Ukay Perdana

18 Aug

Eyaball bersama 9M di medan selera Azizul Hasanatul Shahsrul Ukay Perdana

Rakan-rakan dari Wilayah V17


Dari kiri PR-WNK, 9W2WPG & PR-WRL


Dari kiri PR-NZN, PR-SMY & 9W2UWR


Dari kiri PR-SMY, 9W2UWR & PR-QG


Dari kiri 9W2NTT & 9W2XSQ


Rakan-rakan PRADAS yg lulus RAE


PR-WNK & 9W2WPG


Dari kiri 9W2WAS, 9W2RIE & 9W2TBC

Gambar-gambar diatas adalah sekitar majlis eyeball bersama 9M untuk mendapatkan tandatangan bagi SWL yang baru lulus RAE baru-baru ni. Kepada yang lulus RAE tahniah diucapkan dan cepat-cepat la buat callsign. Semoga anda semua akan jadi seorang HAM's yang berhemah tinggi.

Bila cakap tentang callsign ni seronok jugak, bukan apa. Callsign atau tanda panggilan ini biarlah sesuai atau serasi dengan diri anda. Sebab kalau tak serasi nanti demam. Hehehehehehe.. Jadi sebelum buat callsign fikir masak-masak dahulu atau tanya la pendapat rakan-rakan.

Lepas dapat sayap lebar boleh terbang tinggi. Bila dah terbang tinggi akan nampak bulan dan bintang di langit. Jadi bila nampak bulan dilangit jangan lupa rumput dibumi.

Jumpa anda semua di frekuensi amatur

73

Monday, August 17, 2009

Sesi Eyeball QSO bersama 9M2 (1-2009)

17 Aug

Dengan segala hormat menjemput rakan-rakan radio amatur tidak kira kelab yang berkelapangan untuk hadir:

Program: Sesi Eyeball QSO bersama 9M2
Tarikh : 18 OGOS 2009
Waktu : 8.00pm - 10.30pm
Lokasi : Restoran Tom Yam Azizatul Hasanatul , Jalan Ukay Perdana 4, Taman Ukay Perdana, Ukay Perdana, Ampang Selangor.
GPS Coordinates:Latitude - 3.20665 & Longitude - 101.77228

Bagi mereka yang baru lulus RAE juga digalakkan hadir agar kita dapat mendekati golongan 9M2 dan seterusnya menimba ilmu dari mereka insyaAllah.

***Pesuruhjaya Sumpah juga disediakan****

Standby Freq - 145.2125Mhz (V17) &
145.5875Mhz (V47)

Jumpa di sana.

73

Sunday, August 16, 2009

Kabel RG 213 Untuk Dijual

16 Aug


Kepada rakan-rakan yang berminat untuk memiliki kabel RG 213 anda boleh la menghubungi 9W2BMX (Man) di 019--2780329. Stok terhad, siapa cepat dia dapat. Harga RM7/meter.

73

Saturday, August 15, 2009

Mari Belajar Morse Code

15 Aug

Dari www.learnmorsecode.com



Mungkin caranya lebih mudah untuk permulaan. Bila Bunyi dit gerakkan pensel ke kanan, bunyi dah gerak ke kiri. Memudahkan proses penghafalan. Selain itu cuba cari morse code mp3 generator. Generator ni memudahkan kita, taip apa sahaja huruf kemudian perisian tu akan convert apa yang kita taip kepada bunyi morse code. Bunyi yang dihasilkan dalam format mp3 membolehkan kita mendengar morse code menggunakan telefon bimbit. Apa pun cara, jika ada kemahuan disitu ada jalan.

http://morseringtones.com/cgi-bin/generate_ringtone.sh

73

de 9W2NTT


Friday, August 14, 2009

TUNDUK PADI BERISI TUNDUK KITA ???

14 Aug

Salam 1 Malaysia untuk semua warga 47 dan semua ahli amateur, firstly TAHNIAH kepada semua yang telah lulus RAE. Semoga anda menjadi warga amateur yang berkaliber dan dapat membimbing rakan-rakan yang lain kembali kepada landasan amateur yang sebenar.

Sekian,

Yang menjalankan tugas dan saya menurut perintah hehehe

73

Handy Icom V82 Untuk Dijual

14 Aug



Ada sebiji handy untuk dijual Icom V82. 2nd hand tapi macam baru. Bateri dah ungrade 1650 mAh. PTT bagi sekali. Harga RM550. Berminat sila hubungi PR-ESS (Jun) di 012-3002230.

Barang yang diberi:-

Handy Icom V82 c/w antena original
Bateri 2 biji, 1650 mAh & 600mAh
PTT
Desktop charger
Kotak
User manual

73

Kereta Hilang

14 Aug

Sebuah kereta Perdana warna silver nombor pendaftaran WJM 7058 dilaporkan hilang di Bandar Baru Bangi pagi tadi. Kereta tersebut mempunyai kesan lekuk di bonet belakang.

Sesiapa yang ternampak atau menjumpai kereta ini sila hubungi balai polis terdekat atau boleh hubungi Jun di talian 012-3002230.

73

Takziah Kepada PR-SMY

14 Aug

PR-SMY

Al-Fatihah.....

Takziah diucapkan kepada rakan lokalan Alam Damai iaitu PR-SMY dengan pemergian bonda tercinta beliau kerahmatullah pada jam 3.00 pagi tadi di Segamat Johor. Arwah bonda beliau dikatakan mengidap darah tinggi.

ADARC47 mendoakan semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Aminnnnnnnnn....

Kepada anda bang Yusof, bersabarlah banyak-banyak. Setiap yang hidup pasti akan mati jua.

73

PR-NZN Kemalangan

14 Aug

Khamis, 13 Ogos 2009 lebih kurang jam 8.40pm PR-NZN telah mengalami kemalangan. Beliau bertembung dengan lori 1 tan dekat jalan nak ke Restoran BRJ. Nasib baik takde apa-apa. Cuma mudguard depan pecah sikit.

Tapi lori tu la yang salah sebab masuk NO ENTRY. Dah la tu pemandu dia mabuk pulak tu. Tapi apa pun itulah fungsinya radio. Apabila berlaku satu-satu kecemasan atau kemalangan panggil sahaja di frekuensi. Ramai rakan-rakan yang akan menjawab dan datang menolong.

Dalam kejadian semalam tidak sampai beberapa minit hampir 10 station yang datang membantu diantaranya 9W2UWR, 9W2CAE, 9W2XSV, 9W2NTT, 9W2KJG, 9W2BMX & PR-SMY.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang datang membantu semalam.

73

Thursday, August 13, 2009

Selamat Datang Ke Dunia Amatur

13 Aug

Keputusan RAE 1-2009 sudah keluar dengan rasminya pada hari ini 13 Ogos 2009 di website Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Disini ADARC47 secara amnya mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon yang lulus dan secara khasnya kepada rakan-rakan lokalan Alam Damai yang telah lulus. Kepada yang gagal janganlah berputus asa, cuba lagi dimasa hadapan.

ADARC47 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah banyak menyumbangkan ilmu, tenaga dan masa untuk kami di lokalan Alam Damai. Diantara guru-guru tersebut ialah 9W2SMF & 9W2BCT dan tak lupa juga kepada 9W2RIE, 9W2LMF, 9W2TS dan rakan-rakan lain yang banyak memberi tunjuk ajar di dalam perbincangan di frekuensi V47.

Kepada 9W2TLB & Wilayah V17 terima kasih kerana sentiasa memberi sekongan moral dan tunjuk ajar kepada kami. Dengan sokongan dan kerjasama rakan-rakan semua, ADARC47 telah menghasilkan 10 orang HAM's pada RAE 1-2009. Diantaranya ialah:-

1) PR-YOB (Ayob) - Lulus
2) PR-CYN (Ng) - Lulus
3) PR-WRL (Joe) - Lulus
4) PR-SZZ (Kamal) - Lulus
5) PR-SMY (Yusof) - Lulus
6) PR-NZN (Nazri) - Lulus
7) PR-ESS (Junhairi) - Lulus
8) PR-QG (Zam) - Lulus
9) PR-DJ (Zaiton) - Lulus
10) PR-CIA (Wan) - Lulus
11) PR-GW (Adi) - Gagal

Jumpa anda semua di V47.

73.

Wednesday, August 12, 2009

Keputusan RAE 2009 - 1

12 Aug

Asslamualaikum dan Salam sejahtera,

Anda semua boleh semak keputusan RAE 2009 - 1 di sini.

Friday, August 7, 2009

Wow! 888

7 Aug

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Sejak blog ni dibuka...dah ramai yang sering mengikuti perkembangan blog ni. Hari ini tepat jam 8:34PM jumlah pengunjung ke site ini telah mencatatkan angka 888.

InsyaAllah..kepada anda semua pengunjung setia blog ni, teruskan bersama ADARC47 untuk informasi tentang radio amatur amnya dah Alam Damai khususnya.

Tahniah untuk semua.
888 ada untung ka?

Screenshoot as at 8:34PM
'73

Thursday, August 6, 2009

Keputusan Poll 1: Standby dengan Standingby

6 Aug


Keputusan rasmi: Standingby

Kita belajar dari kesalahan, sesungguhnya guru yang terbaik adalah pengalaman...

Monday, August 3, 2009

TAKZIAH

3 Aug

Al-fatihah..

3 Ogos 2009, ibunda tercinta kepada PR-WNK telah kembali ke rahmahtullah pagi tadi di Apartment Desa Pandan Block J.

Semoga roh arwah ditempatkan dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kepada PR-WNK, ADARC47 mengucapkan takziah kepada anda dan bersabarlah. Setiap yang hidup pasti akan mati.

73

9W2XSV Dimasukan Ke Wad

3 Aug


Isnin, 3 Ogos 2009 9W2XSV@PR-MUD telah dimasukan ke Hospital Tawakal Jalan Pahang Kuala Lumpur. Beliau pengsan di rumah dan dihantar ke hospital. Beliau kini berada di wad 2D 230 katil nombor 3. Kepada rakan-rakan yang berkelapangan boleh la melawat beliau di Hospital Tawakal Jalan Pahang Kuala Lumpur.

ADARC47 mengucapkan semoga anda cepat sempuh dah boleh keluar hospital. Lepas keluar hospital kita kayuh lagi Mad. Hehehehehe.....

73