Thursday, April 23, 2009

CAMERON HIGHLAND

23 Apr

Pada tanggal 11/4/09 satu trip untuk mengambil gambar telah kami jalankan bagi mengisi masa lapang. Permandangan di puncak Gunung Brinchang yang berada pada ketinggian 2031m dari aras laut pada waktu pagi dapat kami rakamkan untuk tatapan rakan rakan.

9W2NTT berlatar belakangkan puncak Gunung Irau

9W2XSV bergaya dengan cameranya

Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula pada pukul 12 malam, tiba pada pukul 4 pagi dan pulang semula ke lokalan pada jam 8 pagi. Cuaca yang sejuk sekitar 8 darjah celsius dan keadaan angin yang kencang bukan penghalang. Trip seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat. Sesiapa berminat boleh menghubungi 9W2XSV atau 9W2NTT.

Kambing Golek Lokalan Alam Damai V47

23 Apr

Banner Alam Damai Amateur Radio Community (ADARC)

Tetamu wanita yang hadir pada malam tersebut


Keadaan di bawah khemah


9W2WDH, 9W2POK, 9W2SRK & 9W2WNZ


9W2POK (tengah) & PR-QG (kanan)

Dari kiri 9W2PGA, 9W2LLH & 9W2OOB


Kambing golek menu utama. Hehehe

Pada 14 Mac 2009 rakan-rakan lokalan Alam Damai (ADARC47) telah mengadakan satu majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat di rumah 9W2XSV sempena dengan rakan-rakan lokalan yang telah lulus RAE pada bulan Disember 2008 yang lepas.

Walaupun dalam keadaan hujan pada malam tersebut, namun alhamdullillah majlis ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Di kesempatan ini ADARC47 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang telah menghadirkan diri dan tak lupa juga kepada semua rakan-rakan lokalan yang telah bertungkus lumus siang dan malam untuk menjayakan majlis.

ADARC47 juga mengucapkan terima kasih kepada 9W2XSV sekeluarga yang telah membenarkan kenduri dibuat di rumah beliau.

Saturday, April 18, 2009

Sekitar ARDF Di Taman Tasik Titiwangsa Anjuran Wilayah V17 & Pusat Kokurikulum Wilayah

18 Apr

9W2RDH & PR-RZK menduduki tempat ketiga. Tahniah untuk anda berdua.

Inilah rupa becon yang sebenar.


QSL kad yang di pamerkan.


9W2XMP & 9W2MFF tidak lepaskan peluang untuk membeli barang-barang yang dijual di flea market.


Rakan-rakan dari lokalan V47 yang terlibat sebagai marshall. Dari kiri 9W2UWR, 9W2XSS, PR-DMZ, 9W2TBC, 9W2CAE dan 9W2WDH.


9W2RUT (kiri) dan 2 peserta lagi tengah menumpukan perhatian dalam acara slalom.


Antenna HF


Inilah yang dicari peserta. Dalam kotak tu ada becon.


9W2MEL tengah control hensem.

Pada 5 April 2009, Wilayah V17 & Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah menganjurkan Amateur Radio Direction Finding (ARDF) atau lebih dikenali sebagai Fox Hunting di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Enam rakan dari ADARC47 terlibat sebagai marshall iaitu 9W2UWR, 9W2XSS, 9W2TBC, 9W2CAE, 9W2WDH & 9W2MEL.

Dalam acara ini pasukan dari PERAMAH telah mendapat tempat pertama, pasukan dari UTM Skudai tempat kedua manakala PRADAS mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada pemenang dan jangan putus asa kepada pasukan yang tidak berjaya. Cuba lagi di masa akan datang.

Selamat Datang Ke ADARC47 Alam Damai Cheras

18 Apr

Eyeball di BRJ PR-AWL, 9W2XMO & 9W2KJG

XYL PR-OTO, PR-OTO & PR-NAA


9W2WPG tengah berbincang dengan rakan-rakan dari Kelab Kereta Neo, 9W2TBC & 9W2NTT yang control hensemmmm


9W2XSQ, PR-AWL & PR-OTO


9W2JBD yang terkejut melihat kehemseman 9W2XSV


Salam kepada rakan-rakan pengunjung blog ADARC47 geng localan Alam Damai Cheras. Blog ini diwujudkan atas idea asal saudara Niezam (boy) 9W2WPG/PR-WPG yg ingin mengumpulkan rakan-rakan di sekitar Cheras dan kawasan yang bersempadan dengan Cheras seperti Serdang, Bandar Tun Razak, Sri Petaling, Tasik Selatan, Ampang, Hulu Langat, Kajang, Cyberjaya, Putrajaya, Sg.Besi dan Semenyih memandangkan ramai rakan-rakan baru yang ada. Kami berharap dapat sama-sama kita berkomunikasi di jaluran ini di lokalan Alam Damai. Perjumpaan pertama telah di adakan di Restoran BRJ Alam Damai. Seramai 8 station ham telah hadir.

Sehingga ke hari ini komunititi ADARC47 telah dapat mengumpulkan lebih 20 station Ham dan juga SWL:-

1) 9W2WPG - Niezam (Boy)
2) 9W2UWR - Anwar
3) 9W2XSV - Mamat
4) 9W2NTT - Halim
5) 9W2XSS - Cikgu Halim
6) 9W2TBC - Aie
7) 9W2XMO - Jamal
8) 9W2CAE - Shahir
9) 9W2BOX - Wan
10) 9W2BMX - Azman
11) 9W2KJG - Rizal
12) 9W2WDH - Omar
13) 9W2HNF - Hanafi
14) 9W2POK - Hisham (Apok)
15) 9W2FSW - Fadli
16) 9W2JBD - Amy
17) 9W2MEL - Jamel
18) 9W2XSQ - Adi Wak
19) 9W2BTC - Faizal
20) 9W2PGA - Johar
21) PR-WRL - Joe
22) PR-MAS - Cikgu Zul
23) PR-SMY - Yusof
24) PR-NZN - Nazri
25) PR-AWL - Awal
26) PR-NAA - Azmi
27) PR-OTO - Otoman
28) PR-SRB - Farok
29) PR-SZZ - Kamal

Sejak wujudnya lokalan ham kita sebagai satu komuniti dapat berkomunikasi di udara di samping dapat memberi bantuan kepada rakan-rakan di lokalan atau rakan-rakan ham yg mengalami masalah atau pun kecemasan. Bermula dengan kemalangan bapa kepada 9W2NTT di belakang Pasaraya Giant Conought, kereta 9W2XSV yang dipecahkan cermin sebelah kiri bahagian belakang, motor 9W2KJG pancit di tengah malam di Bandar Tun Hussein Onn dan kemalangan yang menimpa 9W2WPG di Taman Desa Cheras dapat di bantu oleh rakan-rakan yang selalu berada di V47. ADARC47 mengucapkan terima kasih atas semangat setia kawan dan komunikasi. Dengan wujud komuniti ham di kawasan ini, dapatlah kita berkomunikasi dan bersedia untuk memberi bantuan yg berlaku di sekitar lokalan Alam Damai dan kawasan sekitarnya.

Friday, April 17, 2009

Sekitar Program Kayuhan Basikal Klang - Ipoh

17 Apr

Seorang pengayuh yang kurang upaya namun masih berupaya mengayuh basikal

9W2XSS tak abis-abis lagi dengan penerangan nya. Hehehehe


9W2XSS selaku ketua AJK check point memberi penerangan kepada petugas-petugas check point


Perbincangan diantara petugas-petugas check point



9W2NTT dan 9W2XSS tengah sibuk buat persiapan di check point 1

Pengenalan Radio Amatur

17 Apr

Apakah Itu Radio Amatur?
Sepuluh perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur (dipetik dari risalah
MCMC) Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka di seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.


Bilakah Radio Amatur Bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, Radio Amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


Apakah Yang Boleh Saya Lakukan Dengan Radio Amatur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?


Saya Sentiasa Sibuk. Adakah Saya Masih Boleh Menikmati Hobi Ini?
Sudah tentu. Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


Apakah Perbelanjaan Yang Diperlukan Bagi Hobi Ini?
Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer. Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah. Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.


Siapa Yang Boleh Membantu Saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai laman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.


Bagaimana Saya Boleh Menjadi Seorang Operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


Siapakah Yang Mengeluarkan Sijil Perakuan Itu?
Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.

Adakah Saya Perlu Membayar Yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 setahun dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.


Apakah Yang Boleh Saya Pelajari Sebagai Permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia.

Wednesday, April 8, 2009

AKRAB DIDARATAN MESRA DI UDARA

8 Apr




Dalam kehidupan seharaian rakan dan taulan adalah sesuatu yang amat bernilai, maka untuk menghargainya keakraban dan kemesraan adalah simbol bagi kami untuk menjadikan hobi radio amatur ini sebagai satu saluran untuk menjalinkan sillaturrahim antara rakan lokalan mahupun sesiapa sahaja.........